Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pasir & seks: 4 lagi ditahan, 20 direman
Diterbitkan:  Jan 21, 2010 11:32 AM
Dikemaskini: 11:51 AM

Empat lagi pegawai kerajaan ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan sindiket kecurian dan penyeludupan pasir.

Tiga orang ditahan di Pahang manakala seorang lagi di Johor menjadikan jumlah keseluruhan 38 orang setakat hari ini.

macc sand corruption case 210110 01 Menurut kenyataan media SPRM, 20 orang telah dikenakan tahan reman antara empat hingga tujuh hari.

Mereka termasuk Hussein Ahmad ( bawah, bertali leher ), pembantu politik, kepada exco kerajaan Selangor Yaakop Sapari dan lapan lagi yang dihadapkan ke mahkamah majistret Kajang, pagi tadi.

Perintah tahanan reman lima hari itu dikeluarkan oleh Majistret Faizal@Amrin Nor Hadi.

NONE SPRM, semalam mengumumkan telah menahan 34 orang yang juga membabitkan 24 kakitangan awam.

Jumlah rasuah itu dipercayai membabitkan lebih RM280,000 dan juga habuan seks.

Pada awalnya, peguam SPRM memohon penahanan selama tujuh hari tetapi ia ditolak oleh majistret.

Peguam Hussein, Imran Hadzalie Abd Hamid yang membuat bantahan berkenaan berkata anak guamnya sanggup menyerah diri setiap hari untuk memberi keterangan.

"Tidak perlu bagi mereman mereka kerana SPRM telah menyerbu dan merampas beberapa dokumen daripada pejabat Yaakop," katanya.

Imran juga berkata tiga dakwaan dikenakan ke atas pembantu politik exco Selangor itu menurut Seksyen 17, Akta SPRM.

SPRM geledah rumah Hussein

Sementara itu, presiden Pesatuan Pegawai Wakil Rakyat Pakatan (Selpora), Razak Ismail berkata, beliau dimaklumkan oleh anak Hussein yang pegawai SPRM datang mengeledah rumahnya sekitar jam 4.15 hingga 4.30 petang ini.

Namun pihak SPRM gagal mencari cenderahati yang dibeli Hussein di China yang dipercayai antara barang bukti siasatan.

Razak berkata, beliau juga dimaklumkan yang pegawai SPRM berkenaan juga tidak menunjukkan waran geledah.

Rumah Hussein terletak di Seksyen 27, Shah Alam.

Sementara itu, anak perempuan Hussein, - Faridah - memberitahu, tiga pegawai SPRM datang ke rumahnya di Seksyen 27, Shah Alam pada kira-kira jam 4 petang. Bagaimanapun, dia tidak ada di rumah ketika itu.

Kemudian, katanya, mereka pergi ke rumah isterinya (isteri Hussein) di TTDI Jaya, Shah Alam.

Pegawai berkenaan, katanya, tidak menunjukkan sebarang waran geledah walaupun diminta oleh keluarganya.

Pegawai SPRM itu mencari foto dari China. Tetapi, mereka tidak menemuinya. Mereka kemudiannya mengambil buku bank ibu dan adik bungsunya. Mereka berada di rumah itu selama kira-kira 45 minit.

Katanya, beliau tidak faham mengapa pegawai SPRM mengambil buku bank tersebut dan ia akan menyukarkan ibunya untuk mengeluarkan wang.

ADS