Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Reman lapan lelaki bakar gereja dilanjutkan

Tempoh tahanan reman lapan lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes pembakaran Gereja Metro Tabernacle di Desa

Melawati di Kuala Lumpur awal bulan ini dilanjutkan selama seminggu lagi bermula hari ini.

Pegawai penyiasat dilaporkan memohon perlanjutan kerana siasatan masih belum lengkap.

Semua suspek berusia dalam lingkungan antara 21 hingga 26 tahun dibawa ke mahkamah majistret bagi melanjutkan perintah tahanan reman mereka, hari ini.

Suspek pertama, 25 bekerja sebagai penghantar cepat dan ditahan ketika mendapatkan rawatan di hospital Kuala Lumpur akibat kesan kebakaran di dada dan lengannya pada 19 Jan lalu.

Penahananya itu membawa kepada suspek lain yang termasuk dua adik beradiknya dan bapa saudaranya serta kawan-kawan keluarganya.

Sementara itu, Bernama memetik Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa sebagai berkata polis telah mendapatkan perintah mahkamah untuk melanjutkan tempoh reman lapan orang itu sehingga 1 Feb ini bagi melengkapkan siasatan.

NONE Siasatan adalah mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat menggunakan api atau benda letupan dengan niat hendak membinasakan rumah atau sebagainya, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.

8 Januari lalu, bangunan tiga tingkat Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, diserang dengan bom api yang menyebabkan bahagian bawah bangunan itu musnah.

 

 

ADS