Universiti diminta tak singkir mahasiswa berdemonstrasi

   

Pihak pengurusan universiti diminta supaya bertindak adil dan tidak menyingkirkan sembilan mahasiswa yang ditahan polis kerana mengadakan demonstrasi membantah proses pilihan raya kampus (PRK) di ibu negara Sabtu lalu.

NONE Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah ( kiri, berbaju putih ) berkata perkara itu perlu diserahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap mahasiswa yang terbabit dalam demonstrasi itu.

Beliau berharap pihak pengurusan universiti tidak mengenakan tindakan dwi-dakwaan terhadap mahasiswa tersebut atas satu kesalahan.

"Setiap universiti mempunyai pelbagai bentuk tindakan tataterbit di mana tindakan buang pelajar adalah jalan terakhir. Saya harap ia tidak akan sampai ke tahap itu," katannya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Karangkaraf di Shah Alam hari ini.

student protest 230110 Pada kejadian itu, polis menahan sembilan daripada kira-kira 200 mahasiswa dari pelbagai universiti yang menyertai perhimpunan membantah proses PRK di Menara Tun Razak, Jalan Raja, Kuala Lumpur, sebelum berarak ke kompleks membeli-belah Sogo, kira-kira 500 meter dari situ.

Pelajar berkenaan berhasrat untuk menyebarkan risalah kepada orang ramai dengan tujuan memberi penerangan serta mendapatkan sokongan agar mendesak demokrasi dikampus dipulihkan.

student protest 230110 Ketika sampai di Sogo, mereka diarahkan oleh polis supaya bersurai.

 

Sembilan daripada mereka kemudiannya ditahan polis kerana didakwa gagal berbuat demikian.

Mereka ialah Hilman Idham, Aizat Salleh, Mohammad Za'im Mustapha, Ahmad Shukri Kamarudin, Ahmad Syukri Abdul Razak, Mohammad Idris Yusoff, Fikhri Ha run, Syahriul Ismail dan Ridhuan Jamil.

VOIZ

Berita Terhangat