BERITA Malaysiakini

SPRM tutup kes Khalid Ibrahim, Ali Rustam

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menutup siasatan lapan kes berprofil tinggi termasuk kes lembu korban yang membabitkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kes politik wang membabitkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Sebelum ini, Mohd Ali disiasat mengenai dakwaan mengamalkan politik wang bagi bertanding jawatan timbalan presiden Umno dalam pemilihan parti tahun lalu.

Abdul Khalid pula disiasat mengenai penyalahgunaan dana kerajaan egeri untuk membeli 46 ekor lembu korban bagi bahagian Parlimen Bandar Tun Razak.

Kes-kes lain yang ditutup termasuk siasatan terhadap timbalan menteri di jabatan perdana menteri, Datuk T Murugiah; kes bekas speaker DUN Perak, V Sivakumar; kes bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin; kes dakwaan salahguna kuasa dan peruntukan ADUN Jawi Tan Beng Huat; kes ADUN Batu Tiga, Selangor Rodziah Ismail serta dua anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR yang didakwa cuba merasuah calon bebas DUN Penanti, Pulau Pinang Aminah Abdullah.

NONE Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Shukri Abdull dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, kes-kes tersebut selesai disiasat dan dimajukan kepada tmbalan pendakwaraya, tetapi diputuskan tiada pendakwaan akan dibuat.  

Bagaimanapun, katanya, ia tidak bermakna kes-kes tersebut bebas daripada kegiatan rasuah, kerana kekurangan saksi dan bukti juga boleh menyebabkan SPRM gagal membina sebuah kes yang kukuh.

"Bukti yang ada mesti mencapai 90 peratus baru pihak

pendakwaan boleh membuat keputusan untuk mendakwa," katanya.   

Menurut Shukri lagi, bukan semua kes-kes yang tidak dituduh itu tidak berlaku rasuah, tetapi sesetengahnya tak mencapai tahap yang  ditetapkan dan banyak kelemahan-kelemahan wujud.

Oleh itu, katanya, timbalan pendakwaraya membuat keputusan bahawa tak boleh dituduh di ahkamah.

Shukri juga berkata, ia telah dirujuk dan dijelaskan  kepada panel penilaian operasi, mengapa kes-kes itu tidak boleh dituduh di mahkamah.

Panel tujuh orang, kata Shukri, berpuas hati dengan penjelasan dari pihak SPRM ataupun bahagian perundangan dan pendakwaan.

[Baca berita penuh]