PAS bantah keras pengajaran Sains, Matematik dalam BI: Hadi
PAS membantah keras hasrat kerajaan melaksanakan pengajaran matapelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, kata pemangku Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Abdul Hadi berkata PAS juga menyokong penuh tindakan-tindakan persatuan pendidikan Cina seperti Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina (Jiao Zhong), Persatuan Lembaga Pengurus Sekolan Cina Malaysia (Dong Zhong) dand Dewan Perhimpunan Cina Selangor untuk mempertahankan pengunaan bahasa ibunda didalam kedua-dua matapelajaran tersebut di sekolah-sekolah aliran Cina.
Beliau yang juga Mentri Besar Terengganu dan ketua parti pembangkang, telah menegaskan bahawa bantahan terhadap dasar itu tidak bermakna PAS menolak pengunaan Bahasa Inggeris disekolah-sekolah.
"PAS tidak menolak sebarang usaha untuk meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain dalam menghadapi era globalisasi dan menganggap semua bahasa adalah bahasa ilmu," katanya didalam satu majlis makan malam dan dialog bersama media disebuah hotel diKuala Lumpur semalam.
Beliau berkata tindakan terburu-buru kerajaan untuk melaksanakan dasar itu bukan sahaja tidak demokratik malah ianya diputuskan atas sentimen politik perkauman yang sempit untuk menutup kegagalan dasar pendidikan kebangsaan bagi melahirkan pelajar-pelajar yang mahir dalam Bahasa Inggeris.
"PAS sedang mengambil langkah positif untuk menggerakkan massa tanpa mengira kaum bagi mempertahankan penggunaan Bahasa Melayu dan bahasa-bahasa ibunda dalam pengajaran matapelajaran Sains dan Matematik disemua peringkat," katanya lagi.
Beliau juga meningatkan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan semua pemimpin tertinggi Umno supaya jangan mengaitkankan isu bahasa itu dengan isu perkauman,
Jangan bermain api
Sabtu lepas, Mahathir memberi amaran kepada kumpulan Cina supaya tidak mengaitkan pelaksanaan mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris mulai tahun depan dengan kedudukan sekolah Cina.
Mahathir mengingatkan kumpulan itu supaua tidak bermain api dengan membangkitkan isu perkauman,
Amaran itu diikuti dengan kenyataan timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Zainal Abidin Zin semalam yang berkata Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan digunakan kepada puak "ekstremis" yang terus membangkitkan sentimen perkauman dalam isu bahasa Inggeris.
For more news and views that matter, subscribe and support independent media for only RM0.36 sen a day:
Subscribe now