Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rayuan Anwar mohon hakim tarik diri 19 Mac
Diterbitkan:  Mar 4, 2010 3:16 PM
Dikemaskini: 7:39 AM

Mahkamah Rayuan menetapkan 19 Mac ini sebagai tarikh untuk mendengar rayuan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keengganan hakim dalam perbicaraan kes liwat yang sedang dihadapinya, menarik diri daripada perbicaraan itu.

sankara nair Peguam Anwar SN Nair berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pendaftar Mahkamah Rayuan semalam.

Pada 19 Februari Anwar menfail notis rayuan selepas Hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Zabidin Mohd Diah menolak permohonan Anwar supaya beliau menarik diri daripada mendengar kes itu pada hari sebelumnya.

NONE Mohamad Zabidin berkata tidak ada sebab baginya untuk menarik diri daripada terus mendengar kes itu, dengan mengatakan bahawa sekiranya beliau melakukannya ia bermakna beliau melarikan diri daripada menunaikan tanggungjawabnya.

Pada 8 Februari Anwar menfail permohonan supaya hakim itu menarik diri dengan alasan Mohamad Zabidin bertindak berat sebelah apabila enggan melayan permohonan oleh peguam utama Anwar, Karpal Singh, untuk mengenakan tindakan menghina terhadap Utusan Malaysia berhubung dua artikel yang disiarkan akhbar itu.

    

NONE Pemimpin pembangkang Anwar, 63, yang merupakan penasihat kepada Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, didakwa atas tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan ( kiri ), 25, bekas pembantunya, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petamg pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan itu boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Perbicaraan terhadap pertuduhan liwat itu bermula pada 3 Februari dan pihak pembela dijadualkan menyoal balas Mohd Saiful apabila Karpal membuat permohonan supaya hakim menarik diri.

Mohamad Zabidin menetapkan 25 Mac untuk sebutan kes liwat, sementara menanti keputusan berhubung rayuan itu.

- Bernama

ADS