Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ahli parlimen PKR, Zulkifli Noordin hari ini masuk menghadap lembaga jawatankuasa dispilin parti tetapi bertindak keluar selang sejam kemudian.

Beliau diha NONE dapkan ke jawatankuasa itu bagi memberi penjelasan berhubung bidasannya terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan membuat laporan polis ke atas ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Zulklifi mendakwa panel yang sepatut menentukan masa depannya hari ini sepatutnya dianggotai oleh orang Islam kerana ia membabitkan penggunaan isu kalimah Allah dan agama Islam.

"Saya percaya ini adalah rancangan jahat firaun-firaun kecil dalam PKR yang sengaja mahu memalukan dan mengaibkan saya dan agama Islam dengan mengadapkan saya keh adapan Lembaga Disiplin yang bukan Islam," katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau tidak mengiktiraf panel berkenaan.

"Saya tidak mempertikaikan kredibiliti dan integriti ahli panel Lembaga Disiplin ini. Mereka adalah terdiri dari kalangan yang dihormati.

 

"Saya juga NONE faham mereka tidak mempunyai sebarang kuasa kerana yang berkuasa didalam PKR adalah Majlis Pimpinan Parti. Dan MPP PKR kini dikuasai oleh firaun-firaun kecil yang mempunyai agenda jahat dan sempit terhadap Islam dan umat Islam.

"Dan firaun-firaun kecil ini memang tidak sabar-sabar untuk melakukan apa sahaja untuk memastikan saya dipecat. Saya tidak rela dibicarakan di hadapan panel yang bukan Islam dalam hal membabitkan aqidah, syariat dan umat Islam," katanya.

 
Panel itu dianggotai oleh seorang Islam, dua Kristian dan seorang Hindu.

"Atas alasan itu, saya memilih untuk tidak mengiktiraf panel lembaga disipilin Kristian ini untuk membicarakan saya dalam isu kalimah Allah. Maka saya membuat keputusan untuk walk out," katanya.

NONE Permintaan Zulklifi bagi ahli panel terdiri daripada anggota beragama Islam itu bagaimanapun ditolak kerana kuasa melantik  terletak pada Majlis Pimpinan Parti PKR.

Zulklifi kemudian menuntut MPP melantik panel baru sebelum Selasa ini.

"Oleh itu saya desak kepimpinan PKR supaya membubarkan lembaga disipilin ini dan menubuhkan sebuah lembaga disiplin baru yang terdiri dari ahli panel yang beragama Islam.

"Sekurang-kurangnya kalau nak pecat saya pun, biarlah keadilan itu bukan sahaja dilaksanakan, tetapi dilihat dilaksanakan." kata ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu itu.

Berikut adalah kenyataan penuh Zulkifli

Saya baru sahaja mengambil keputusan keluar daripada sidang lembaga disiplin yang akan membicarakan saya dalam isu kalimah Allah. Walaupun saya telah bersedia untuk menjawab semua pertuduhan dan membela diri saya, tetapi saya tidak boleh tunduk dan mengiktiraf panel bukan Islam untuk membicarakan saya dalam hal agama saya. Oleh itu saya bertindak keluar.

Pada 1 Mac lepas, saya terkejut apabila mendapati ahli panel lembaga disipilin yang akan membicarakan saya dalam isu kalimah Allah terdiri daripada bukan Islam, iaitu dua (yang beragama) Kristian, iaitu En Goh Keat Peng dan Cik Chew Swee Yoke, dan En T  Kumar, seorang penganut Hindu.

NONE Hanya seorang sahaja yang beragama Islam. Walaupun saya telah meminta melalui tiga surat bertarikh 16, 25 dan 27 Feb supaya saya dibicarakan di hadapan lembaga disiplin yang ahli panelnya beragama Islam, kerana isunya membabitkan isu aqidah dan syariat Islam, iaitu isu kalimah Allah, namun mereka menolaknya dan berkeras mahu panel bukan Islam yang membicarakan saya.

Saya percaya ini adalah rancangan jahat Firaun-Firaun Kecil di dalam PKR yang sengaja mahu memalukan dan mengaibkan saya dan agama Islam dengan mengadapkan saya kehadapan lembaga disiplin yang bukan Islam.

 

Hari ini saya mengadap lembaga disiplin tersebut untuk mendapatkan keputusan mereka tentang tuntutan saya supaya mereka menarik diri daripada menjadi anggota panel lembaga disiplin yang akan membicarakan saya.

 

Saya menuntut supaya saya diberikan keadilan. Sebab itu saya menyokong perjuangan Dato’ Seri Anwar untuk mendapat keadilan dalam kes liwat beliau. Perjuangan beliau ingin mendapat keadilan sehingga sampai ke peringkat mendapat sokongan luar. Kalau Dato’ Seri Anwar menuntut keadilan, saya juga menuntut keadilan yang sama.

 

Antara prinsip keadilan ialah kita hanya boleh dibicarakan oleh mereka yang setaraf dan sekufu dengan kita. "Justice requires one to be tried by one own peers".

 

NONE Pertuduhan terhadap saya ialah berkaitan isu kalimah Allah. Ini adalah isu berkaitan aqidah, syariat dan umat Islam, agama saya. Tindakan saya adalah sekadar membela dan mempertahankan maruah dan kedudukan agama Islam saya serta institusinya yang dilabel sebagai ketinggalan zaman dan umat Islam yang dilabel sebagai terlalu lemah kefahamannya sehingga perlu dilindungi. Ini adalah isu aqidah, syariat dan umat Islam.

 

Saya telah menuntut agar dibicarakan di hadapan panel lembaga yang beragama Islam. Saya memberi tiga notis bertarikh 16, 25 dan 27 Februari menuntut, antara lain, dibicarakan di hadapan ahli panel Islam. Pada 1 Mac, sekali lagi di hadapan panel lembaga, saya menuntut, antara lain, dibicarakan di hadapan ahli panel yang beragama Islam.

 

Saya memberikan mereka masa untuk menimbangkan tuntutan saya dan mereka meminta masa hingga hari ini. Sementara itu, sekali lagi saya meminta pejabat setiausaha agong supaya mengkaji semula panel yang membicarakan saya supaya dilantik di kalangan ahli panel yang beragama Islam.

 

Tetapi saya percaya firaun-firaun kecil yang menguasai PKR mempunyai agenda jahat mereka untuk terus memalukan dan mengaibkan saya dan agama Islam.

 

Sebab itu, saya tidak terkejut petang ini mereka membuat keputusan menolak permohonan saya. Mereka mahu meneruskan perbicaraan terhadap saya di hadapan panel bukan Islam yang ada.

Panel ini bukan sahaja terdiri daripada bukan Islam, malahan dua ahli panelnya adalah aktivitis Kristian, iaitu En Goh Keat Peng dan Cik Chew Swee Yoke. Seorang lagi ahli panel, En T Kumar adalah beragama Hindu. Hanya seorang yang beragama Islam, Tuan Syed Kamarulzaman.

Bagaimana mungkin panel lembaga disiplin yang majoritinya bukan Islam, dibenarkan membicarakan saya seorang Muslim dalam isu membabitkan aqidah dan agama Islam. Bagaimana saya boleh mendapat keadilan kalau ahli panel lembaga disiplin pun bukan beragama Islam. Keadilan bukan sahaja mesti dilaksanakan, tetapi mesti dilihat dilaksanakan.

 

NONE Di dalam kes saya, apakah keadilan boleh dicapai jika panelnya pun bukan sahaja bukan Islam, ianya terdiri dari orang Kristian yang menjadi subjek dalam isu kalimah Allah. 

Saya tidak mempertikaikan kredibiliti dan integriti ahli panel lembaga disiplin ini. Mereka adalah terdiri dari kalangan yang dihormati.

 

Saya juga faham mereka tidak mempunyai sebarang kuasa kerana yang berkuasa didalam PKR adalah Majlis Pimpinan Parti. Dan MPP PKR kini dikuasai oleh Firaun-Firaun Kecil yang mempunyai agenda jahat dan sempit terhadap Islam dan umat Islam. Dan Firaun-firaun kecil ini memang tidak sabar-sabar untuk melakukan apa sahaja untuk memastikan saya dipecat. They'll do anything at all cost to achieve their evil goal.

Saya tidak rela dibicarakan di hadapan panel yang bukan Islam dalam hal membabitkan aqidah, syariat dan umat Islam. Pada saya ini adalah satu penghinaan yang besar terhadap Islam dan umat Islam. Saya khuatir ini akan memberi persepsi kepada rakyat khususnya umat Islam bahawa PKR adalah parti yang langsung tidak memperdulikan sensitiviti dan maruah agama Islam, sehingga tergamak membariskan panel Kristian untuk membicarakan seorang Muslim atas isu berkaitan Islam iaitu kalimah ALLAH.

Firaun-firaun kecil ini mendakwa kononnya PKR kini mempunyai ahli hampir setengah juta. Takkanlah daripada 500 ribu tiada ahli yang beragama Islam yang berintegriti dan berwibawa yang boleh menjadi ahli panel lembaga disiplin untuk membicarakan saya. Kalau tiada pun PKR boleh meminjam atau mengambil para ulama dan agamawan daripada luar.

Atas alasan itu, saya memilih untuk tidak mengiktiraf panel lembaga disiplin Kristian ini untuk membicarakan saya dalam isu kalimah Allah. Maka saya membuat keputusan untuk bertindak keluar.

Jika mereka meneruskan juga perbicaraan terhadap saya dalam isu kalimah Allah ini, bermakna panel lembaga disiplin ini dan PKR jelas tidak menghormati Islam dan umat Islam.

Oleh itu, saya desak kepimpinan PKR supaya membubarkan lembaga disipilin ini dan menubuhkan sebuah lembaga disiplin baru yang terdiri daripada ahli panel yang beragama Islam. Let us walk our talk. Sekurang-kurangnya kalau nak pecat saya pun, biarlah keadilan itu bukan sahaja dilaksanakan, tetapi dilihat dilaksanakan.

Dan keadilan menuntut saya dibicarakan oleh mereka yang sekufu dengan saya, iaitu mestilah beragama Islam kerana ini membabitkan isu kalimah Allah, isu umat Islam. Dan saya bersedia pada bila-bila masa yang bersesuaian dan munasabah untuk berdepan mana-mana lembaga disiplin yang panelnya beragama Islam untuk mempertahankan pendirian dan pegangan saya.

ADS