BERITA

BN: Pakatan manipulasi data

Kuek Ser Kuang Keng

Diterbitkan
Dikemaskini 10 Mac 2010, 4:55 pagi

Pemimpin Barisan Nasional menempelak laporan kemajuan yang dikeluarkan oleh empat negeri yang dikuasai oleh kerajaan Pakatan Rakyat Isnin lalu sambil menyifatkan laporan itu memanipulasikan data semata-mata untuk memancing pengundi.

Menurut mereka, dasar-dasar kebajikan yang diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat gagal membasmi kemiskinan dan membantu mereka yang benar-benar memerlukan.

Laporan kemajuan itu dikeluarkan sempena ulang tahun kedua pilihan raya umum 8 Mac yang menyaksikan Pakatan Rakyat menumbangkan empat negeri yang dikuasai BN dan mengekalkan Kelantan.

Antara intipati lain:

  • Selangor berjaya menarik pelaburan berjumlah RM6.76 billion tahun lalu dan mewujudkan 20,753 peluang pekerjaan. Selangor juga muncul sebagai negeri yang paling banyak meluluskan projek industri dengan jumlah 278. Kadar jenayah pada 5.3 peratus menunjukkan kejatuhan 3,365 kes berbanding 2008.
  • Pulau Pinang mencatatkan lebihan belanjawan RM88 juta tahun lalu berbanding perbelanjaan defisit RM35 juta setahun sebelum itu. Pulau Pinang juga berjaya membasmi kemiskinan buat pertama kalinya di negeri itu.
  •  Kedah memperolehi pelaburan secara langsung bernilai RM559.8 juta dan pelaburan tempatan pula dicatatkan pada RM279.4 juta. Kerajaan negeri juga berjaya menjana RM16.7 juta tanpa memperkenalkan cukai tambahan, berbanding apa yang dilakukan oleh kerajaan Umno sebelum itu.
  • Kelantan membina hub satelit perdagangan di Bandar Baru Tanjung, dan melaksanakan projek kebajikan seperti Kifalah untuk rakyat miskin, ibu tunggal dan golongan berlainan upaya.

Perpektif BN

NONE Bagaimanapun, bekas exco Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nam berkata data kerajaan negeri Pulau Pinang ‘hanya bertujuan mengelirukan orang ramai yang kurang faham bagaimana sistem itu berfungsi”.

Beliau menjelaskan kerajaan negeri bukannya sebuah syarikat dengan objektif mencari keuntungan.

"Sekirannya kerajaan rugi dan mencatatkan perbelanjaan defisit, ia tidak semestinya perkara yang tidak baik. Ini kerana kerajaan negeri bukan sebuah syarikat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ketua Gerakan Pulau Pinang itu berkata lebihan belanjawan mungkin akibat kegagalan kerajaan negeri membelanjakan wang untuk projek pembangunan ataupun mungkin kerana tidak mampu menganggar bajet pada peringkat merancang.

"Perkara itu tidak ada kena mengena dengan ekonomi Pulau Pinang. Malah ketika zaman kemelesetan, kerajaan lazimnya perlu berbelanja lebih kerana sektor swasta mempunyai dana yang terhad,” katanya.

mca selangor leadership 131607 chng toh eng Bekas exco Selangor, Datuk C'hng Toh Eng ( kanan, no. 3 ) menganggap laporan kad kemajuan itu sebagai tindakan sebagai “masuk bakul angkat sendiri.”

"Kerajaan Pakatan hanya menunjukkan data-data di permukaan sahaja,” katanya pada wawancara menerusi telefon.

Beliau mendakwa kurangnya penyelarasan di kalangan kerajaan negeri Selangor, ahli dewan undangan negerinya serta di ahli majlis tempatan di negeri itu.

“Dari apa yang saya fahamkan, pelabur enggan ke Selangor kerana masalah itu,” katanya.

Tanmpa memperjelaskan perkara berkenaan, C’hng mendakwa MP Pakatan dan ahli majlis tempatan juga sering kali bercanggah dengan sesetengah keputusan yang dibuat oleh exco Selangor.

[Baca berita penuh]

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.