mk-logo
Berita
Ibrahim pernah jadi pengarah syarikat Vincent Tan
Diterbitkan:  Mar 12, 2010 12:39 PM
Dikemaskini: 12:54 PM

Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim hanya mentertawakan tuduhan yang mempersoalkan kewibawaannya sebagai aktivis Melayu ekoran kaitannya dengan jutaan Cina, Tan Sri Vincent Tan.

Tuduhan itu tersebar di internet empat hari selepas beliau mengecam tokoh-tokoh korporat Cina, termasuk Tan Sri Vincent Tan, yang digelarnya 'tauke' dan "mendominasi" ekonomi dan seterusnya menyebabkan berlaku ketidakstabilan politik dan sosial.

Bagaimanapun, tersebar laporan di internet yang menunjukkan hubungan Ibrahim dengan syarikat Dunham-Bush Malaysia, yang pernah dimiliki Tan.

Penulis blog Raja Petra Kamaruddin menyiarkan dalam lamanwebnya Malaysia-Today, salinan laporan tahunan 2003 syarikat berkenaan yang menunjukkan Ibrahim adalah salah seorang anggota lembaga pengarahnya.

ibrahim ali on company book 120310 Ketika menjawab SMS dari Malaysiakini, Ibrahim berkata tidak ada salahnya urusan perniagaannya dengan Tan kerana ia tidak menolak hakikat bahawa tokoh-tokoh besar perniagaan Cina mendominasi bidang ekonomi.

Sebaliknya, kata Ibrahim, beliau bercakap mengenai ekonomi makro dan isu-isu dalam gambaran lebih besar.

Beliau be rtanya apakah masalahnya jika beliau berurusan perniagaan dengan ramai rakan-rakan Cina dan mempunyai rakan kongsi Cina.

[Baca berita penuh]

 

 

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini