Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ahli parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman hari ini menyelar ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong dan menggalakkan penyokongnya untuk turut menghina Sultan Perak.

tajuddin abdul rahman Tajuddin berkata beliau hairan mengapa Anwar begitu iri hati apabila Yang di-Pertuan Agong memuji perdana menteri dalam titah ucapan baginda semasa merasmikan sidang Dewan Rakyat sebelum ini.

"Ini adalah tradisi apabila membuat titah ucapan di atas perkara-perkara yang dilakukan perdana menteri demi kepentingan negara dan kebajikan rakyat.

agong arrive at parliament 150310 03 "Untuk mempersendakan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong seolah-olah seorang raja yang dianggap tidak mempunyai intelek untuk membaca dan memahami ucapan yang disediakan, untuk menerima dan tidak menerima apa yang disediakan.

"Ini satu penghinaan kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong yang amat dikesali," katanya ketika membahaskan titah berkenaan di Dewan Rakyat.

Anwar kemudiannya mencelah dan berkata isu mengenai titah diraja adalah berkenaan prosedur menyiapkan titah diraja.

"Memang benar akhirnya titah diraja, draf itu jadi ucapan di atas throne jadi titah diraja tapi prosedur kita kena faham.

"Soal memuji perdana menteri tak bangkit. Tapi inilah kali pertama sejak merdeka 52 tahun, draf Yang di-Petuan Agong pohon rakyat ikut teladan perdana menteri.

"Saya rasa terlalu terlanjur minta institusi diraja menggunakan titah diraja menyentuh kedudukan ini, janganlah Pasir Salak putarbelitkan," katanya.

sultan azlan Katanya lagi, tuduhan bahawa beliau menghasut rakyat Perak supaya menghina Sultan Perak juga satu tindakan "keterlaluan" dan "berniat jahat."

Menjelaskan kedudukannya selepas itu, Tajuddin kemudiannya berkata beliau tidak berniat untuk membuat tuduhan melulu dan beliau juga menahan daripada membuat ucapan yang menyentuk soal peribadi Anwar

"Saya menghoramati beliau dan dewan rakyat tidak sepatutnya dijadikan medan untuk aibkan sesiapa. Tetapi sebagai pemimpin tidak dapat dielakkan perbuatan kita sememangnya mempengaruhi keadakan politik negara

"Apa yang berlaku di Perak, tidak mungkin bagi pengikut Pakatan menunjuk perasaan begitu rupa memaki hamun Paduka Seri kalau tidak dengan desakan dan galakan yang dibuat pemimpin.

"Kita dulu pun puji dia, beri penghargaan kepada dia tetapi sekarang tidak lagi kerana kedudukan beliau sekarang di tempat lain dan perjuangannya juga lain," katanya.

ADS