Salah sebuah sekolah wawasan - konsep yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad - kini dalam keadaan yang menyedihkan selepas lebih satu dekad dibuka.

Sekolah wawasan menempatkan kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan berkongsi kawasan dengan tujuan untuk mengurangkan masalah polarisasi kaum di kalangan pelbagai kaum.

Sekolah berkenaan - SRJK (T) Tun Sambanthan di USJ, Selangor - berkongsi komplek sekolah wawasan tersebut dengan SRK Datuk Onn Jaafar dan SRJK (C) Tun Tan Cheng Lock.

Walaupun berkongsi komplek sekolah wawasan yang sama, tetapi nampaknya tidak wujud interaksi di kalangan pelajarnya.

Perhimpunan bersama hanya diadakan sebulan sekali. Pada hari sukan, mereka mengadakan majlis penyampaian hadiah secara berasingan.

Walaupun mempunyai murid seramai 750 orang, sekolah Tamil tersebut menggunakan bangunan tiga tingkat, berbanding dengan sekolah kebangsaan - dengan 500 murid - menggunakan bangunan empat tingkat.

NONE Pengerusi persatuan ibubapa sekolah Tamil berkenaan, S Murali turut membawa Malaysiakini ke sebuah bilik darja h yang lantainya telah retak dan disahkan oeh Jabatan Kerjaraya sebagai tidak boleh digunakan.

"Saya telah membangkitkan perkara ini dengan jabatan pelajaran negeri. Mereka beritahu saya yang mereka tidak ada peruntukan (untuk memperbaikinya)," katanya.

Ekoran itu, sebuah makmal sains telah dijadikan bilik darjah untuk menampung 45 murid.

[Baca berita penuh]

 

 

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini