Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Orang Melayu di Malaysia diingat agar tidak terjerumus ke dalam konflik atau persengketaan seperti yang dialami di Eropah khususnya di negara bekas Yugoslavia, kata presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.

Menurut beliau konflik berpunca daripada perpecahan rakyat pelbagai kaum dan sosiobudaya.

perkasa first agm 270310 crowd 02 “Konflik nilai atau konflik kepentingan sedang dirasai. Ia mengancam kelangsungan Melayu memandangkan Islam, Melayu dan bumiputera merupakan entiti yang strategik,” katanya pada mesyuarat agung pertama Perkasa di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini.

Beliau berkata, di majlis ini akan diterjemahkan kebangkitan Melayu yang berlaku akibat perebutan kuasa politik di kalangan orang Melayu sendiri.

“Matlamat Perkasa ialah mepertahankan Islam, hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputera.

“Mempertahankan nilai teras, melindungi dan mendaulatkan undang-undang dan keluhuran negara yang berdaulat dan merdeka,” katanya.

Menurut Ibrahim, walaupun pada usia satu setengah tahun, Perkasa sudah berjaya mendapat sokongan dari seluruh orang Melayu dan bumiputera dan undang-undang juga menghalalkan penubuhan NGO ini.

'Niat jahat, hapuskan raja-raja Melayu'

Beliau juga membangkitkan konflik 13 Mei 1969 yang katanya sebagai renungan orang-orang Melayu.

perkasa first agm 270310 crowd Ibrahim juga membidas pejuang konsep Malaysian Malaysia yang menuntut hak sama rata antara orang Melayu dengan bukan Melayu.

“Ia bertujuan rampas hak keistimewaan orang Melayu, menghapuskan raja-raja Melayu. Ia bertujuan menimbulkan kacau-bilau, memecahkan perpaduan antara bangsa di Malaysia.

“Konsep Malaysian Malaysia turut menentang agama Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi,” katanya lagi.

Menurut Ibrahim, Perkasa tidak rela melihat sejarah hitam 13 Mei berulang kembali.

“Dua persatuan guru-guru sekolah Cina bergabung menjadi satu dan membuat pelbagai tuntutan yang mengguris hati orang Melayu. Perbuatan mereka itu tidak dianggap pula sebagai rasis, tetapi disokong oleh masyarakat Cina dan akhbar-akhbar Cina.

“Namun mengapa perkasa first agm 270310 ibrahim ali speech apabila Perkasa ditubuhkan, bukan sahaja ia dikecam tapi dituduh rasis dan ultra-Melayu,” katanya sambil mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Perkasa, dakwa Ibrahim, mahu melihat UMNO kembali seperti asal - kuat dan kukuh.

Ahli parlimen Pasir Mas itu juga menyentuk Model Ekonomi Baru (MEB) yang akan dibentuk oleh kerajaan.

Pemuda Umno dibidas

“Apapun bentuk model ekonomi baru yang akan dibentuk, ia mestilah mengandungi tindakan kesungguhan atau affirmative action bagi memastikan kaum Melayu dan bumiputera memiliki 30 peratus pembahagian kekayaan ekonomi negara,” katanya.

Pada ucapannya itu, Ibrahim juga membidas Pergerakan Pemuda Umno secara tidak langsung.

“Pada zaman Pemuda Umno dulu, perhimpunan seperti hari ini tak diperlukan.

“Kala perkasa first agm 270310 01 u tiada keberanian jangan nak perlekeh perjuangan Perkasa. Bukan hendak bermusuh dengan mana-mana pihak, tetapi Perkasa proaktif, mewakili kepentingan orang orang Melayu di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” jelas Ibrahim.

Seterusnya, Ibrahim berkata Perkasa akan merentas kampung, desa serta bukit-bukau dan menjalar sehingga ke akar umbi.

Mereka juga berikrar akan mencari ‘pengkhianat untuk dinyahkan’ kerana mengkhianati perjuangan bangsa dan negara.

Beliau mengakhiri ucapannya, dengan sekali lagi menegaskan bahawa Perkasa akan terus wujud, mempunyai jati diri, bersemangat api, berjiwa kental.

"Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan... serahkan nyawa demi bangsa dan agama," akhirinya.

Sebelum itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dijemput sebagai tetamu kehormat bagi merasmikan mesyuarat agung pertama Perkasa itu diberikan sambutan meriah mengikut istiadat dan kepahlawanan Melayu.

Dianggarakan t perkasa first agm 270310 martial art performers idak kurang 4,000 ahli dan tetamu hadir pada mesyuarat ini.

Sementara itu, mesyuarat PERKASA hari ini berlangsung meriah dan penuh dengan istiadat Melayu.

Malah pentasnya turut dihias dengan replikas keris besar bertulis Tak Melayu hilang di dunia". Ibrahim juga hari ini menjulang dan menghunus "keris presiden PERKASA" lambang ketuanan dan perpaduan Melayu.

Ia diserikan dengan permainan alat muzik tradisional, persembahan silat dan tarian.

Beberapa tokoh Umno seperti Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adik Hussei, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim.

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga kelihatan dalam majlis tersebut.

ADS