Umno minta SPR kaji semula senarai pengundi
Umno menyarankan supaya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menyemak semula senarai nama pengundi di seluruh negara yang didakwanya mengandungi "pengundi hantu".
Sebagai contoh, kata presiden Umno Dr Mahathir Mohamad, dalam pilihanraya kecil Anak Bukit di Kedah pada 18 Julai lalu, kajiann pihaknya dapat mengesan lebih 500 pengundi yang tidak dilahirkan, tinggal atau bekerja di kawasan berkenaan.
Manakala dalam pilihanraya kecil di Pendang, Kedah, pula, katanya, mengikut rekod Umno, nama 1,359 pemilih telah dikeluarkan daripada senarai pengundi di kawasan Parlimen itu.
Sambil mendakwa perbuatan itu dilakukan oleh PAS, Dr Mahathir berkata, parti pembangkang itu menggunakan taktik itu, sejak pilihanraya umum 1999, di kawasan di mana ianya ada peluang untuk menang.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusi mesyuarat majlis tertinggi Umno di Kuala Lumpur lewat petang ini, Dr Mahathir mendakwa ada penyokong PAS telah memindahkan pengundi yang menjadi penyokong parti itu, dari Johor ke Kedah.
Malah, beliau mendakwa terdapat pengundi dari Sabah dan Sarawak yang ke kawasan kubu PAS untuk menjamin kemenangan pembangkang dalam pilihanraya.
Berikutan itu, beliau mendakwa punca kekalahan BN di Anak Bukit, (BN) pada 18 Julai lalu, ialah kerana tindakan PAS membawa pengundi hantu mengundi di kawasan tersebut.
Katanya, ini adalah hasil kajian Umno terhadap empat daripada 14 peti undi Anak Bukit, yang mendapati memang terdapat pengundi-pengundi dari luar yang turut mengundi di situ.
Bakar bendera
Sementara itu, ketika ditanya mengenai perbuatan membakar bendera Malaysia di Indonesia dan Filipina, beliau berkata, ia tidak mencerminkan pendirian kerajaan kedua-dua buah negara.
Sebaliknya, perdana menteri menganggap tindakan itu sebagai reaksi rakyat negara berkenaan yang berdemonstrasi membantah apa yang mereka dakwa tindakan kejam kerajaan Malaysia terhadap pekerja mereka yang dihantar pulang.
"Kita boleh memutuskan hubungan (diplomatik) sekiranya ia dilakukan oleh pihak kerajaan negara terbabit," katanya.
Menurut beliau, kejadian yang sama (membakar bendera Malaysia) juga pernah berlaku di sini (sewaktu rusuhan pekerja asing di Nilai, Negeri Sembilan).
Bagaimanapun, kata beliau, perbuatan mereka itu tidak pun menjejaskan hubungan antara kerajaan terbabit.
Ditanya sama ada Malaysia perlu mengambil tindakan lebih keras terhadap membakar bendera negara ini, Dr Mahathir berkata: "Kita boleh bersabar".
Kekurangan makanan
Mengenai dakwaan pekerja Filipina yang pulang bahawa kerajaan Malaysia melayan mereka dengan 'kejam', beliau berkata: "Mereka telah lama menikmati berpuluh tahun kemudahan tinggal di sini, seperti kemudahan hospital dan sekolah. (Ketika itu) mereka tidak pula tuduh kita kejam."
Sebelum ini, Manila mendakwa sekurang-kurang 13 bayi Filipina telah meninggal dunia sewaktu berada di kem tahanan di Sabah sejak Jun lalu kerana kekurangan makanan dan radang paru-paru.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, Malaysia akan berusaha untuk menyelesaikan masalah itu secara paling rasional.
"Sekiranya mereka mengatakan kita memberi layanan buruk kepada rakyat Filipina, datanglah sendiri untuk melihat keadaan sebenarnya di sini," tegasnya.
Akhbar-akhbar utama di negara ini melaporkan bahawa siasatan oleh Suruhanjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) mendapati keadaan di tiga pusat tahanan sementara pendatang tanpa izin di Sabah itu, memenuhi piawaian antarabangsa.
Pengarah Pasukan Petugas Khas Persekutuan bagi Sabah, Mohd Ghazali Ahmad dilaporkan dalam akhbar New Straits Times, sebagai berkata, setakat ini tiada permintaan diterima daripada kerajaan Filipina untuk menghantar pegawainya ke pusat-pusat terbabit.
Bagaimanapun, laporan tersebut telah disangkal hari ini kerana lawatan terakhir UNHCR hanya dibuat dua tahun yang lalu, manakala Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pula cuma melawat penjara, dan bukannya kem tahanan sementara pendatang asing.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.