Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Keluarga warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dijumpai mati diletupkan pada Oktober 2006 hanya perlu meletakkan jaminan kos RM60,000 bagi mengemukakan saman terhadap kerajaan Malaysia dan mereka yang bertanggungjawab.

gantang by election 020409 pkr altantuya prayer 03 Mahkamah Tinggi Shah Alam mengurangkan jumlah bon itu setelah mendengar hujah permohonan daripada peguam Karpal Singh.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zaleha Yusof bersetuju menetapkan jaminan sekuriti RM30,000 setiap satu bagi kerajaan Malaysia dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda.

Permohonan jaminan kos ialah permohonan untuk plaintif mendeposit sejumlah wang kepada mahkamah sebagai jaminan untuk meneruskan prosiding saman mereka.

Kerajaan Malaysia yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan Habibah Haron, dan Abdul Razak yang diwakili peguam KK Wong, sebelum ini memfailkan permohonan upaya keluarga Altantuya menyediakan jaminan kos kepada mereka sebanyak RM1 juta atau apa-apa jumlah yang ditetapkan oleh mahkamah.

Dua anggota polis yang didapati bersalah dalam pembunuhan Altantuya April lalu - Azilah Hadri and Sirul Azhar - tidak meminta sebarang jaminan bon sekuriti.

altantuya razak baginda mongolian murder 250607 shame Ayah mangsa pembunuhan itu, Setev Shaariibuu juga perlu mencari RM10,000 bagi kos perundangannya, tetapi Karpal berkata satu tabung akan ditubuhkan.

Menurut Karpal, keluarga Altantuya tidak patut dibebankan untuk membayar jaminan kos itu kerana ayah Altantuya, Shaariibuu Setev yang berpendapatan US$200 (RM620) sebulan, perlu menyara keluarganya termasuk dua anak Altantuya.

Menurut beliau, semua ahli parlimen akan diminta menyumbang kepada tabung itu.

"Saya akan menimbulkan perkara itu dengan rakan-rakan di Parlimen dan kami akan cuba mendapatkan bantuan untuk meringankan beban Encik Shaariibuu," kata Karpal.

"Kami mungkin akan mengambil masa selama tiga bulan untuk mengutip jumlah berkenaan agar perbicaraan dapat diteruskan.

"Saya akan berbincang dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit

Siang, dan saya berpendapat ini adalah jalan terbaik," katanya. 

Pada 4 Jun 2007, Shaariibuu dan isterinya Altantsetseg Sanjaa, dan dua anak lelaki Altantuya, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, menyaman kerajaan Malaysia, Abdul Razak dan dua tertuduh dalam kes pembunuhannya, C/Insp Azilah Hadri dan Kpl Sirul Azhar Umar dengan menuntut ganti rugi RM100 juta bagi kematian wanita itu.

razak baginda acquitted 311008 14 Abdul Razak, 49, telah dituduh bersubahat bersama Azilah, 34, dan Sirul Azhar, 38, dalam pembunuhan Altantuya, 28, pada 2006.

Beliau dibebaskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Md Yassin pada 31 Okt 2008 tanpa dipanggil membela diri manakala Azilah dan Sirul Azhar pula didapati bersalah pada 9 April tahun lepas dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

   

Perbicaraan akan hanya bermula selepas mahkamah mendengar rayuan yang dikemukakan oleh Azilah dan Sirul berhubung hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan ke atas mereka.

[Baca berita penuh]

ADS