BERITA

Pilihan raya kecil: Peluang penduduk buat tuntutan

S Pathmawathy

Diterbitkan
Dikemaskini 9 Apr 2010, 11:09 tengahari

Masyarakat sekitar Hulu Selangor menggunakan peluang pilihan raya kecil parlimen yang bakal diadakan di kawasan mereka pada 25 April untuk menuntut hak dan juga pembangunan di kawasan berkenaan.

Menurut S Kavitha, 23 yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat lombong, Gemilang Pintar Sdn Bhd, pilihan raya kecil adalah peluang bagi penduduk menuntut apa yang sepatutnya merupakan hak mereka.

Pengundi muda itu berkata golongan berusia di kawasannya kurang ‘bersemangat’ membuat tuntutan tetapi sebaliknya menunggu untuk bantuan disalurkan kepada mereka.

NONE Berbeza dengan dirinya, Kavitha memohon cuti bagi berjumpa dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat yang melakukan lawatan kerja di Hulu Selangor hari ini.

Bekas presiden MCA itu yang juga ahli parlimen Pandan dijadualkan berjumpa dengan penduduk bagi meninjau masalah mereka.

Antara tempat lawatannya hari ini ialah di kedai kpoi Yee Kee di Kampung Datuk Harun di Serendah sebelum mengadakan sessi dialog dengan 40 ahli MCA dan juga beberapa penduduk India.

"Saya tidak akan mensia-siakan peluang ini...Saya akan meminta bantuan bagi meneruskan pengajian saya yang terpaksa saya berhenti dua tahun lalu,” kata Kavitha.

NONE Dia ketika itu mengikuti kursus tiga tahun diploma teknologi maklumat di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur, tetapi terpaksa berhenti kerana keluarganya tidak mampu menanggung perbelanjaan pendidikannya.

"Tak kisah kalau Ong tidak dapat memberikan pinjaman yang saya perlukan kerana dia tidak bertanggungjawab terhadap pinjaman tetapi saya akan cuba nasib dan memohon bantuan kepada sesiapa sahaja,” katanya lagi.

Bagi M NONE Batumalai, 41, yang bekerja sendiri, missinya adalah untuk merayu sebuah sekolah jenis kebangsaan Tamil dapat didirikan di kawasannya.

"Terdapat beberapa ratus penduduk India di Serendah...Ada sekolah jenis kebangsaan Cina dan juga sekolah kebangsaan tetapi tiada sekolah Tamil,” katanya.

Kebanyakan keluarga menghantar anak-anak mereka SJK(T) Rawang, sekolah yang paling hampir di Serendah iaitu kira-kira 15 km jauhnya. Mereka terpaksa membelanjakan RM30 bagi setiap anak untuk tambang bas sekolah.

Bagi penjual buah-buahan sejak 30 tahun lalu, Goh Suet Lin, 50, lain pula masalahnya.

NONE Dia akan bergembira jika ahli-ahli politik membantunya mendapatkan lesen penjaja.

“Walaupun saya telah memohon lesen tetapi sehingga kini tidak mendapat jawapan,” katanya.

Selain lesen penjaja, Goh juga berharap sistem pengurusan banjir dapat diperbaiki kerana setiap kali hari hujan sekarang ini, rumah mereka akan dinaiki.

[Baca berita penuh]

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.