Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Tak penting', mesyuarat JK antara agama dibatalkan
Diterbitkan:  Apr 13, 2010 3:29 PM
Dikemaskini: 7:36 AM

Mesyuarat Jawatankuasa Khas bagi Perundingan Antara Agama yang ditubuhkan kabinet yang dijadualkan hari ini telah dibatalkan berikutan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa ia sebagai 'tidak penting'.

Menurut Naib Presiden, Majlis Perundingan Agama Budha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (Mccbchst), Mohan Shan, mesyuarat berkenaan dibatalkan kerana ahli jawatankuasanya mahu penjelasan terlebih dahulu dari Muhyiddin.

"Tidak ada mesyuarat yang akan diadakan selagi tiada tiada pengesahan daripada timbalan perdana menteri,” kata Mohan ketika dihubungi.

Pemba 1Malaysia talan mesyuarat itu disifatkan sebagai satu tamparan bagi kempen 1Malaysia yang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bertujuan memperkukuhkan perhubungan antara kaum yang dikatakan kini rapuh.

Sebelum ini, beberapa pertubuhan bukan kerajaan mempertikaikan kebijaksanaan meletakkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon menyelia jawatankuasa itu selaras dengan tugasnya yang bertanggungjawab terhadap Jabatan Pepaduan dan Integrasi Kaum.

Menurut mereka adalah tidak wajar meletakkan badan yang membuat keputusan berhubung agama di bawah jabatan yang mengendalikan perhubungan antara kaum.

Jawatankuasa yang ditubuhkan Februari lalu juga dilaporkan akan diketuai oleh bekas ahli parlimen Kota Bharu, Datuk Ilani Isahak .

Ia juga akan dianggotai oleh perwakilan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) dan juga Majlis Perundingan Budha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao, Malaysia.

ADS