Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata beliau tidak pernah menyebut secara khusus mana-mana pihak - termasuk ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad - sebagai tidak beriman ketika membahaskan isu penggunaan kalimah Allah.

Harussani Zakaria "Kenapa saya hendak sebut nama dia. Saya tidak kenal pun siapa dia," kata Harussani (kanan) ketika mengulas kemungkinan disaman kali pertama sepanjang lebih 18 tahun menjadi mufti.

Semalam, Khalid dilaporkan menuntut Harussani menarik balik kenyataannya yang dimuatkan dalam sebuah tabloid dalam masa seminggu atau bakal menghadapi tindakan undang-undang.

Katanya, laporan berjudul 'Khalid Samad tidak beriman - Mufti" itu telah memberi kesan dari segi persepsi masyarakat ke atas dirinya dan keluarga.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Harussani berkata, dalam kenyataannya sebelum ini, beliau cuma menyebut bahawa "orang yang sokong penggunaan nama Allah oleh bukan Islam, tidak beriman" secara umum.

Katanya khalid samad , ini kerana konsep ketuhanan dalam Islam dan agama lain berbeza sama sekali.

Harussani berkata, kenyataannya berhubung isu penggunaan kalimah Allah itu pernah dibuat bulan lalu kepada sebuah akhbar harian.

Beliau bagaimanapun mengakui tidak tahu mengenai kewujudan tabloid yang tidak disenangi Khalid itu.

Ditanya sama ada beliau bersedia menghadapi tuntutan saman daripada Khalid ( kiri ), beliau hanya berkata: "Ikut dialah. Ini negara merdeka."

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS