Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hisham: Alasan Pornthip tak munasabah
Diterbitkan:  Apr 20, 2010 7:15 AM
Dikemaskini: 7:20 AM

Pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand tidak hadir pada inkues kematian Teoh Beng Hock bukan atas sebab keselamatan dirinya diancam malah alasan itu dianggap tidak munasabah.

NONE Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata ini kerana meskipun jaminan keselamatan paling optimum telah ditawarkan kepada pakar itu namun beliau tetap tidak memberi respons untuk hadir memberi keterangan pada inkues hari ini.

"Saya sudah kata berulang kali, saya beri jaminan keselamatan terbaik, pihak polis akan lakukan segala yang patut bagi menjamin keselamatannya sejurus beliau tiba di negara ini hinggalah beliau kembali ke negaranya.

UTK di biliknya

"Beliau akan dijemput dengan kenderaan polis di lapangan terbang sebelum dibawa ke tribunal dan kita juga akan tempatkan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) di biliknya. Kita akan pastikan beliau selamat balik ke Thailand," katanya kepada pemberita di Pameran dan Persidangan Pertahanan Perkhidmatan Asia (DSA2010) di Kuala Lumpur hari ini.

teoh exhumation exhumed 211109 porntip Beliau berkata dakwaan bahawa jaminan keselamatan yang diberi terhadap Pornthip bersyarat adalah tidak benar memandangkan keselamatan setiap individu yang memasuki Malaysia dilindungi tanpa mengira status kerakyatan masing-masing.

"Saya tidak letak sebarang syarat, jika beliau benar-benar tidak mahu datang maka soal keselamatan bukanlah penyebabnya, hanya beliau seorang yang tahu.

"Kita cuma minta beliau membuktikan dakwaan kononnya beliau telah menerima tekanan dan bimbang dengan keselamatan dirinya hingga menarik diri daripada memberi keterangan pada inkues supaya kita dapat jalankan siasatan," katanya.

- Bernama

ADS