BERITA

Bukti baru dalam dakwaan rogol pelajar

Humayun Kabir

Diterbitkan
Dikemaskini 28 Apr 2010, 8:20 pagi

DAP Perak hari ini mengemukakan dua bahan bukti baru dan menuntut polis menjalankan siasatan rapi berhubung dakwaan seorang pelajar sekolah berusia 14 tahun yang dirogol oleh lima suspek di Ipoh Parade, Oktober lalu.

NONE Bukti-bukti baru itu yang merupakan skirt mangsa dan pita video dikemukakan oleh setiausaha DAP Perak yang juga ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming ( kiri, memegang buku ) bersama penasihat perundangan parti itu Leong Cheok Keng ( kiri ) dan MP  Menglembu Lim Pek Har ( berbaju biru ) di ibu pejabat polis di Ipoh.

Menurut Nga, kelima-lima suspek dipercayai membubuh dadah dalam minuman mangsa sebelum dua daripada mereka didakwa merogolnya manakala tiga lagi memerhati.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis tetapi kelima-lima mereka dibebaskan dengan alasan pihak pendakwaan tidak mempunyai bukti yang cukup.

Nga memberitahu Malaysiakini bahawa ibu mangsa kuathir beliau tidak mendapat keadilan daripada pihak polis kerana kelima-lima suspek berkenaan berasal daripada keluarga golongan berada.

"Ibu mangsa telah menyorokkan skirt anaknya yang mempunyai kesan air mani perogol untuk selama enam bulan.

"Bagaimanapun saya berjaya memujuknya supaya yakin dengan polis dan menyerahkan bahan berkenaan untuk siasatan lanjut,” kata Nga.

Beliau mencadangkan supaya ujian DNA dijalakan pada skirt yang mempunyai kesan air mani itu bagi menangkap perogol yang dipercayai adalah rakan sekolah mangsa.

Nga berkata beliau akan memantau kes itu secara dekat dan akan membawa perkara itu ke pihak atasan polis di Bukit Aman jika siasatan tidak dijalankan dengan terperinci.

[Baca berita penuh]

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.