Peguamcara II , Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwa dalam kes liwat ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Mahkamah Persekutuan hari ini bahawa empat calitan kapas yang diambil menunjukkan wujudnya air mani.

azlan Sambil merujuk buku 'Forensic Medicine for Lawyers' dalam satu topik mengenai kesalahan homoseksual, Yusof berkata penemuan spermatozoa pada calitan kapas yang diambil dari kawasan lurah dubur ataupun mucosa dubur membuktikan tindakan liwat berlaku.

Katanya lagi, kehadiran bahan pelinciran dan spesimen DNA dua lelaki dijumpai pada tiga daripada empat calitan kapas di dubur memperkuatkan lagi hujahnya bahawa penetrasi memang berlaku.

"Ini yang apa pendakwaan cuba buktikan, kita akan panggil doktor bagi menjelaskan berhubung calitan kapas itu,” kata Yusof.

Peguam pembela Karpal Singh sebelum itu berhujah bahawa tiga doktor dari Hospiotal Kuala Lumpur berkata tiada penemuan klinikal yang konklusif bagi membuktikan bahawa berlaku penetrasi di dubur atau rektum.

Selain itu, kata Karpal, tiada tanda-tanda mempertahankan diri terdapat di tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan,.

anwar ibrahim saiful bukhari hospital kl report 180609 "Jika tidak ada kemasukkan, maka bagaimana ia boleh menjadi satu jenayah?” soal Karpal.

"Kehadiran sperma mencadangkan bahawa bukti berkenaan dirancang. Secara logik, doktor berkata tiada penetrasi.

"Jika ini benar, bagaimana sperma boleh wujud?” soal Karpal lagi.

Selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak, panel tiga anggota Mahkamah Persekutuan itu sebulat suara memutuskan pertuduhan liwat terhadap Anwar kekal dan menolak rayuan terakhirnya itu.

Panel yang dianggotai oleh Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri James Foong Cheng Yuen, dan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Suriyadi Halim Omar memutuskan perbicaraan penuh perlu diteruskan meskipun mendapat bantahan daripada pihak pembelaan.

Tiga panel hakim, tidak menerima pendapat pihak pembelaan bahawa tuduhan dan pendakwaan terhadap Anwar perlu diketepikan berdasarkan laporan perubatan bahawa tiada sebarang tanda penetrasi atau tembusan ke dubur atau rektum Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dalam keputusan sebulat suara, Arifin berkata laporan perubatan oleh tiga doktor mesti dibaca secara keseluruhan.

"Dengan berbuat demikian, ia tidak menyokong dakwaan perayu agar tuduhan itu dibatalkan pada peringkat ini," katanya.

NONE Anwar diwakili oleh peguam Karpal Singh, manakala Peguamcara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden mengetuai pihak pendakwa.

Dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu, perbicaraan akan diteruskan pada Isnin ini dengan soal balas ke atas Mohd Saiful.

Anwar, 62, didakwa melakukan kesalahan itu di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 26 Jun, 2008.

[Baca berita penuh]

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini