Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pos Malaysia rugi RM227 juta bukan RM546 juta
Diterbitkan:  May 4, 2010 10:10 AM
Dikemaskini: 10:16 AM

Pos Malaysia mengalami kerugian bagi tempoh tiga tahun lalu berjumlah RM227 juta ekoran pelaburan dalam syarikat penyedia perkhidmatan kargo udara Transmile Group Berhad, dan bukan sebanyak RM546 juta seperti yang dilaporkan.

asli capital market summit 131107 awang adek Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein menafikan laporan sebuah akhbar hari ini yang mendakwa Pos Malaysia mengalami kerugian sebanyak RM546 juta.

"Pada maklumat yang terakhir yang diperolehi daripada pihak Khazanah (Nasional Bhd) dan Pos Malaysia, kerugian sebenarnya adalah sebanyak RM227 juta dan bukan RM546 juta.

"Kerugiannya adalah disebabkan kerugian pelaburan dalam Transmile, sebuah syarikat yang dimiliki, yang telah dibeli sahamnya oleh Pos Malaysia dalam tahun 2004 sebanyak 20 peratus pemegangan dalam Transmile," katanya menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 di Kuala Lumpur.

Awang Adek berkata pada 2007, Pos Malaysia mengalami kerugian sebanyak RM33 juta setelah mengambil kira peruntukan yang dibuat manakala pada 2008, kerugian yang dicatatkan berjumlah RM35.8 juta.

"Tetapi pada 2009, Pos Malaysia telah kembali untung sebanyak RM75.4 juta, bermakna setelah mengambil kira peruntukan 2007 dan 2008, Pos Malaysia kembali untung.

"Dan dijangka untung pada tahun 2010 semakin tinggi kerana penyusunan semula yang telah dibuat sebagaimana tarif setem sudah pun dinaikkan daripada 30 sen kepada 60 sen dan ini akan memberikan hasil kepada Pos," katanya.

Selain itu, beliau berkata bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) dan bekas ketua pegawai kewangan (CFO) Transmile telah dihadapkan ke mahkamah kerana membuat pernyataan yang mengelirukan.

"Mas transmile air aircraft 250507 alah Transmile ini adalah melibatkan pemalsuan akaun sejumlah RM622 juta yang tidak ada tetapi sengaja diada-adakan hasil dan keuntungan dan ini telah dijumpai.

"Tindakan mahkamah sedang diambil ke atas CEO dan CFO dan sedang dalam perbicaraan," katanya.

Dewan kemudiannya meluluskan rang undang-undang tersebut.

- Bernama

ADS