Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sultan Kelantan kekal dirawat di HUSM
Diterbitkan:  May 6, 2010 7:40 PM
Dikemaskini: May 7, 2010 3:05 AM

Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra, kekal di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan susulan masalah jantung.

azlan Pengelola Istana DiRaja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, berkata setakat ini belum ada rancangan memindahkan Tuanku Ismail ke hospital lain termasuk ke Hospital Kuala Lumpur.

"Tuanku Sultan masih ditempatkan di Wad Diraja di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan masih belum ada rancangan dipindahkan ke hospital lain," katanya ketika dihubungi di Kota Bharu.

Beliau berkata, sehingga petang ini tiada sebarang titah dikeluarkan oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra.

Sultan Kelantan dimasukkan ke HUSM Kubang Kerian Selasa lalu untuk menjalani rawatan susulan masalah jantung.

Pada hari sama, anakanda ketiga Sultan Kelantan, Tengku Temenggong Tengku Muhammad Fakhry Petra, pada sidang akhbar di sini berkata beliau bercadang membawa ayahandanya menjalani rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Bagaim azlan anapun, penerbangan itu tidak dibenarkan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

Sultan Kelantan pada 14 Mei 2009 dimasukkan ke HUSM di Kubang Kerian kerana gering dan pada 24 Mei 2009 dimasukkan ke Hospital Mount Elizabeth, Singapura bagi menerima rawatan lanjutan masalah jantungnya dan hanya kembali ke Kelantan pada 3 Mac lalu setelah hampir setahun berada di hospital itu.

Semalam, Pemangku Raja Kelantan mengeluarkan titah kepada Ketua Polis Kelantan supaya segala pergerakan Sultan Kelantan perlu mendapat perkenan baginda dan menitahkan Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, supaya meningkatkan tahap keselamatan Sultan Kelantan.

Abdul Halim berkata, beliau belum menerima laporan mengenai status kesihatan Sultan Kelantan daripada doktor yang merawat baginda.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS