Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Semua parti politik diarahkan supaya menghentikan penggunaan isu “Allah” sepanjang kempen pilihan raya kecil parlimen Sibu pada Ahad ini.

NONE Arahan itu dikeluarkan oleh pihak polis menerusi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC II Huzir Mohamed yang berkata ia isu yang sensitif.

"Perkara ini telah diselesaikan tetapi ada yang mengeksploitasikannya sekali lagi. Ia adalah isu sensitif dan semua yang terlibat mesti berhenti daripada membangkitkannya," katanya.

Beliau juga memberi amaran, mereka yang mengengkari arahan itu boleh ditahan atas tuduhan menghasut atau juga didakwa menurut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Saya n NONE asihatkan semua parti untuk menghentikan isu itu serta merta. Jangan timbulkan sebarang masalah,” katanya pada sidang media hariannya di Sibu, hari ini.

Huzir berkata, setakat ini polis memantau 40 kempen dan mengeluarkan 101 permit untuk ceramah kepada kedua-dua pihak (Barisan Nasional dan DAP). Tiada permohonan permit ceramah daripada calon bebas Narawi Haron.

Beliau berkata, polis menerima tiga aduan berhubung kempen pilihan raya kecil itu tetapi berdasarkan siasatan ia didapati tidak kukuh.

Kedua-dua parti - BN dan DAP yang terbabit pada pilihan raya ini mengheret isu agama dalam kempen masing-masing.

DAP menimbulkan isu penggunaan kalimah ‘Allah’ di kalangan bukan Islam, khususnya di kalangan penganut Kristian manakala BN yang diwakili oleh SUPP membidas pembangkang berhubung debat menubuhkan negara Islam.

I NONE su agama itu dijaja oleh semua pihak yang bertanding bagi memancing undi masyarakat Kristian yang di kerusi parlimen Sibu.

Tidak kurang 53 peratus pengundi Sibu termasuk di kalngan pribumi dan Cina adalah penganut Kristian.

Sementara itu, Huzir berkata beliau telah memberi arahan kepada anggotanya untuk menahan mereka yang menggunakan kenderaan untuk berkempen melalui pembesar suara di jalan raya, tanpa mengira daripada parti politik mana.

Beliau berkata, tindakan seumpama itu boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.

"Ia boleh digunakan jika kenderaan itu tidak bergerak dan di kawasan yang dikhaskan untuk ceramah," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS