BERITA

Shafie pula nafi berlaku pergelutan

Diterbitkan
Dikemaskini 17 Mei 2010, 2:38 pagi

Naib presiden Umno, Datuk Shafie Apdal menafikan berlakunya pergelutan kecil seperti yang didakwa oleh ahli parlimen DAP dari Bakri, Johor, Er Tech Hwa di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Sg Aup di Sibu hari ini.

NONE "Tidak ada langsung pergelutan kecil (seperti dilaporkan),” kata Shafie ketika menghubungi M alaysiakini.

“Saya berada di situ untuk suraikan mereka (penyokong DAP), tidak ada pergelutan,” katanya.

Sebelum ini, Er dilaporkan mendakwa beliau dan kumpulan petugas pilihan raya parti itu, telah dihalang memasuki pusat mengundi tersebut oleh sekumpulan penyokong dan ahli Umno yang diketuai oleh naib presiden Umno, Datuk Shafie Apdal.

Ekoran itu, kata Er, berlaku pergelutan kecil di sekolah berkenaan apabila Shafie didakwa menghalau kumpulan petugas DAP keluar dari pusat mengundi tersebut.

NONE Menurut Shafie lagi, beliau pada masa itu berada di tempat kejadian bersama sekumpulan penyokong BN.

"Ahli parlimen itu, dia berada di tengah-tengah jalan bagi kertas kepada pengundi, mana boleh begitu.

"Saya bagitahu dia (Er) tidak boleh buat begini. Dalam peraturan tak boleh buat begini. Dia sebagai ahli parlimen tentu tahu peraturan.

"Sudah ditetapkan tidak boleh buat pondok panas dan merayu undi macam ini," tambah Shafie.

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Iklan