Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Program pengampunan, Rohingya rayu dikecualikan
Diterbitkan:  May 23, 2010 3:05 PM
Dikemaskini: 7:12 AM

Sekumpulan pelarian etnik Rohingya merayu kerajaan agar mengecualikan mereka daripada dikenakan tindakan selepas program pengampunan dilaksanakan terhadap pekerja asing yang memasuki negara ini secara haram, memandangkan mereka telah pun berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

rohingya refugees Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar di Malaysia (MERHROM) Zafar Ahmad Abdul Ghani berkata dalam program pengampunan sebelum ini yang dijalankan pada 2002 dan 2004, ramai pelarian etnik Rohingya yang berdaftar dengan UNHCR telah ditahan, didakwa dan dihantar pulang ke sempadan Malaysia-Thailand.

"Kami harap perkara ini tidak akan berulang terhadap pelarian ini memandangkan kami tidak berada dalam kategori yang sama dengan pekerja asing tanpa izin," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur hari ini.

burmese rohingya refugees issues 250407 zafar ahmead Zafar ( kanan ) mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis lalu bahawa kerajaan bercadang memberi pengampunan kepada pekerja asing tanpa izin selepas sistem pengenalan biometrik diperkemaskan.

"Kami bimbang apa yang akan berlaku terhadap kami selepas tempoh pengampunan itu memandangkan program pemutihan akan dijalankan terhadap pekerja asing tanpa izin," katanya.

Beliau turut merayu kepada kerajaan supaya membenarkan pelarian itu bekerja sementara menunggu UNHCR mencari penyelesaian yang berpanjangan untuk mereka.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS