Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PAS hari ini menyerahkan memorandum kepada Raja-raja Melayu melaui Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bagi memohon campur tangan baginda dalam isu pemberian lesen judi bolasepak.

NONE Memorandum berkenaan disampaikan kepada Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah.

Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang juga ahli parlimen Pokok Sena, pemberian lesen bagi membolehkan pertaruhan bolasepak akan membawa padah kepada rakyat, khususnya golongan muda.

"Kelab bolasepak dan pemain mereka menjadi idola remaja, jadi kita bimbang tindakan kerajaan itu akan membawa padah kepada golongan muda,” katanya.

Menurut Mahfuz, alasan kerajaan pemberian lesen itu bertujuan menghindarkan kegiatan pertaruhan secara haram juga tidak dapat diterima.

Dalam perte NONE muan tersebut, Engku Ibrahim berkata beliau akan mempersembahkan memorandum berkenaan kepada Raja-raja Melayu.

Selain Mahfuz, rombongan itu turut disertai beberapa ahli parlimen PAS yang lain, termasuk  Khalid Samad (Shah Alam); Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (Titiwangsa); Datuk Kamaruddin Jaafar (Tumpat); Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang).

Sementara itu, pada sidang medianya, Mahfuz mendakwa keputusan kerajaan meluluskan lesen judi sukan khususnya lesen judi bagi bola sepak Piala Dunia sebagai amat “memalukan” dan "tidak menghormati Raja-raja Melayu, tidak menghormati agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan tidak menghormati agama yang menolak kegiatan perjudian".

"Seingat  saya, ini kali kedua Datuk Seri Najib meluluskan (lesen judi) sejak mengambil alih menjadi perdana menteri, dengan meluluskan perjudian baru - pertama cabutan khas dan kedua yang ini (lesen judi sukan)," katanya.

NONE Katanya, memorandum ini tidak tertumpu kepada lesen judi untuk Piala Dunia sahaja, malah bantahan itu turut meliputi sukan bola sepak yang lain termasuk Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-juara Eropah (UEFA Champions).

Menurutnya, seingatnya, Raja-raja Melayu pernah campurtangan berhubung isu judi apabila membincangkan perlaksanaan loteri kebajikan masyarakat pada tahun 1960-an.

"Tuanku Raja Perlis (Almarhum Tuanku Syed Putra) pada masa itu begitu kuat menentang perlaksaan loteri kebajikan (pada waktu itu)," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap agar Raja-raja Melayu bertindak segera untuk membatalkan lesen perjudian yang diluluskan itu "demi menyelamat maruah mereka daripada dicalar oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab".

Menurut Mahfuz lagi, tindakan kerajaan meluluskan judi ini, telah mendapat bantahan daripada pelbagai pihak termasuk bekas pemain bola sepak negara Datuk Abdul Ghani Minhat.

majlis raja raja rulers council 300609 Mengulas lanjut, beliau berkata Majlis Raja-raja yang akan bersidang pada 26 Jun ini - sewaktu Piala Dunia berlangsung - akan dipengerusikan oleh Tuanku Raja Perlis Syed Sirajuddin ibni Syed Putra.

"Saya memohon perkenan Tuanku Raja Perlis (Syed Sirajuddin) memainkan peranan seperti ayahanda baginda yang menentang loteri suatu ketika dahulu.

"Apakah kita mahu jadikannya sebagai hobi... nampaknya macam nak jadikan (judi) sebagai budaya dalam masyarakat. Isteri dan anak-anak sudah tentu akan menjadi mangsa kepada judi, malah mungkin anak-anak akan turut terlibat sama dalam kegiatan judi.

"Apakah kita akan bahagia satu keluarga akibat ketagih judi. Saya lihat slogan 1Malaysia, sama seperti, 1Malaysia, semua berjudi," katanya sinis.

NONE Menurut Mahfuz yang juga timbalan pesuruhjaya II PAS Kedah, isu loteri suatu ketika dahulu  mendapat bantahan daripada ulama-ulama Umno sehingga mereka meninggalkan parti itu dan menubuhkan Persatuan Islam Se-Tanah Melayu dan tertubuhnya PAS.

Antara ulama yang menentangnya, kata Mahfuz, termasuk Ahmad Badawi Abdullah Fahim, ayah kepada mantan perdana menteri Tun Abdullah dan bapa kepada ahli parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali.

NONE "Saya juga berharap ulama-ulama pada hari ini, termasuk ulama rasmi dalam kerajaan, mereka harus berperanan secara lebih besar untuk membuat teguran dan bantahan terhadap pelaksanaan judi ini," katanya.

Sehubungan itu, katanya Dewan Harian PAS semalam memutuskan akan menghantar rombongan bagi bertemu dengan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk menerangkan sebab-sebab parti Islam itu membantah pemberian lesen judi sukan.

Katanya, rombongan tersebut bakal diketuai oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagaimanapun tarikh rombongan itu belum ditetapkan dan akan diputuskan oleh pejabat Agung PAS. 

ADS