BERITA

Korporat pernah mohon lesen judi dari PAS

Diterbitkan
Dikemaskini 28 Mei 2010, 4:31 pagi

Kerajaan persekutuan digesa mencontohi kerajaan Kelantan yang tegas, komited dan tidak berkompromi dalam isu perjudian.

husam musa pas annouce contest of number 2 post 250509 02 TV Selangor memetik Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa berkata kerajaan negeri pernah didatangi Tan Sri Vincent Tan tetap pimpinan PAS tidak tunduk kepada keinginan ahli korporat itu.

Katanya, tokoh korporat itu datang memohon untuk memperoleh lesen judi selepas tamat pilihan raya umum 2008 tetapi ditolak.

Vincent Tan melalui Kumpulan Berjaya memperoleh lesen judi bola yang diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku menteri kewangan baru-baru ini, sempena kejohanan Piala Dunia Jun ini.

"Pada Jun 2008, ambo (saya) diberi satu surat dari Vincent Tan. Surat itu dialamat pada Menteri Besar Kelantan dan untuk ambo. Nak suruh lulus semula lesen judi 4 nombor ekor di Kelantan.

"Surat itu masih simpan, tak tunjuk pada Tok Guru kerana ambo jawab balik kepada wakil Vincent Tan - tak payah sampai Tok Guru. Aku bagitau, permohonanmu tidak layak sama sekali," kata Husam ketika berucap di Majlis Ceramah Perdana Isu Judi di Kota Bharu, malam semalam.

Husam menegaskan tidak ada lesen judi diluluskan kerajaan Kelantan sejak PAS memegang tampuk kuasa negeri pada 1990.

asli capital market summit 131107 awang adek Beliau turut melahirkan kekesalannya kerana Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin bersetuju dengan pelaksanaan judi bola.

Kata Husam, pengumuman yang dibuat Awang Adek mengecewakan penduduk Bachok yang mengundinya sebagai ahli parlimen pada pilihan raya umum lalu.

"Munasabahlah Islam larang perjudian dan munasabahlah bagi seorang yang waras pemikiran mementingkan akhlak dan nasib rakyat untuk berfikir bagaimana untuk kurangkan tabiat ini.

"Di Barat, mereka tubuhkan NGO untuk mendidik rakyat hentikan ketagihan judi. Tetapi malangya, ada orang Kelantan, orang Melayu, orang Islam sokong judi," katanya lagi.

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.