BERITA

Cubaan bunuh diri dalam demo anti-Israel

Diterbitkan
Dikemaskini 1 Jun 2010, 11:08 tengahari

Akibat tidak dapat mengawal perasaan, seorang warga Palestin yang menyertai demonstrasi mengutuk serangan berdarah komando Israel terhadap frotila bantuan untuk Gaza cuba membunuh diri menggunakan sebilah pisau.

NONE Dalam kejadian di kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara pagi ini Moin Mohmed Habib yang menyertai ratusan NGO Melayu-Islam cuba melukakan lehernya dengan pisau pemotong kertas tetapi tindakannya itu dihentikan oleh orang ramai yang turut hadir.

Beliau kemudiannya membuka baju dan cuba melukakan bahagian perutnya pula sebelum dihentikan pula oleh beberapa orang pagawai polis yang mengawal keadaan.

Lelaki yang memakai kain ikat kepala warna merah bertulis PERKASA itu dibawa ke hospital untuk dirawat.

NONE Dia juga dilaporkan dibawa ke ibu pejabat polis daerah Cheras untuk membantu siasatan.

Lelaki Arab itu salah seorang dariapda 200 orang yang berkumpul di kedutaan negara sekutu rapat Israel itu di Jalan Tun Razak hari ini.

Bermula jam 10.30 pagi tadi, demontrasi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) itu bertujuan menyerahkan memorandum bantahan mereka kepada Amerika Syarikat.

Pada masa yang sama, kira-kira 300 lagi umat Islam berkumpul di bawah payung Lifeline4Gaza - MGO yang menyelaraskan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin daripada Malaysia.

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.