Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin tetap mempertahankan asas dakwaannya dalam isu 'air ludah ustaz' walaupun mengakui mungkin menggunakan perkataan yang kurang tepat bagi menggambarkan peristiwa itu.

asri jais record statment colum upacara telan air ludah ustaz 100410 pc Katanya, sekiranya perkataan "air ludah" yang digunapakai dalam tulisan dalam kolumnya di Malaysiakini pada 13 April lalu tersasar, beliau sedia memperbetulkan dan menggantikannya dengan perkataan lain seperti "bekas mulut".

"Bagaimanapun, inti yang hendak diceritakan dalam artikel saya itu adalah (fenomena) ketaksuban kepada guru.

"Walaupun mungkin tidak berlaku perbuatan menelan air ludah ustaz itu, tetapi unsur ketaksuban (kepada guru) itu tetap ada," katanya.

Semalam, JAIS dilaporkan memaklumkan hasil siasatan awalnya mendapati dakwaan Dr Mohd Asri berhubung peristiwa yang melibatkan penceramah di sebuah masjid di Selangor beberapa bulan lalu adalah tidak benar.

NONE Pengarahnya Datuk Muhammad Khusrin Munawi berkata apa yang berlaku hanya sesi meminum air zam-zam yang dikongsi antara jemaah dalam satu cawan bersama penceramah berkenaan.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Mohd Asri bagaimanapun berkata belum tiba masanya bagi membuat sebarang kesimpulan terhadap hasil siasatan awal itu kerana banyak aspek yang belum diterokai.

"Kalau mereka kata terdapat perkongsian cawan kerana masjid itu tidak cukup cawan, itu tidak mengapa.

"Tetapi saya tidak rasa masjid itu tidak cukup cawan. Kalau bukan hendak mendapat keberkatan daripada bekas mulut ustaz, kenapa perlu buat begitu?

"Sedangkan air zam-zam itu sendiri sudah membawa keberkatan?" soalnya kembali.

jais jabatan agama islam selangor 271106 Pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu bagaimanapun menyambut baik usaha Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjalankan siasatan terhadap pendedahannya itu.

"Terima kasih kepada JAIS buat siasatan dan tidak 'mendiamkan' kes itu. Saya sedia akui sekiranya perkataan yang saya gunakan tidak tepat," katanya yang dimaklumkan perkara itu oleh satu sumber.

Ditanya sama ada beliau akan berhubung semula dengan pihak JAIS bagi memaklumkan perkara tersebut, Dr Asri berkata tindakan itu tidak perlu.

"Asalnya pun kenyataan saya dibuat di media. Saya jawab di medialah," katanya ringkas.

ADS