mk-logo
Berita
K'tan peruntuk RM25,000 sebulan untuk anak Palestin
Diterbitkan:  Jun 4, 2010 4:43 AM
Dikemaskini: 4:51 AM

Kerajaan Kelantan membelanjakan RM25,000 sebulan di bawah skim Tabung Bantuan Pendidikan Rakyat Palestin untuk membiayai anak-anak Palestin yang belajar di beberapa institusi pendidikan tinggi di negara ini.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata setakat ini, kerajaan negeri membiayai 27 anak Palestin yang sedang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam di seluruh negeri termasuk 10 orang di peringkat PhD, Sarjana (12) dan Sarjana muda (lima).

pas information meeting 090110 nik aziz "Kita mahu menggalakkan masyarakat menderma kepada tabung ini dan menjadikannya sebagai amalan tradisi mereka, terutama dalam membela nasib rakyat negara Islam yang ditindas oleh rejim Israel di buminya sendiri," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengimamkan solat hajat yang dihadiri kira-kira 5,000 umat Islam di dataran Stadium Sultan Mohammed Ke-IV, di Kota Bharu hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata kerajaan negeri akan terus memungut seberapa banyak derma daripada rakyat negeri ini bagi mengisi tabung dikendalikan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Katanya masih ramai rakyat Palestin yang memerlukan bantuan menerusi program itu yang membabitkan kos melebihi RM700,000.

Beliau berkata untuk tahun ini sahaja, tabung ini menyasarkan dana RM800,000 bagi membiayai 30 pelajar lagi di bawah program itu.

- Bernama

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini