OPA tak restu sebarang bentuk buli

   

Persatuan alumni Maktab Tentera Diraja (RMC), 'Old Putera Association' (OPA) tidak merestui sebarang bentuk penderaan baik secara fizikal mahupun bukan fizikal yang boleh menyebabkan kecederaan kepada pelajar di institusi tersebut.

azlan Presidennya Mej Jen (B) Datuk Dr Mohamad Termidzi Junaidi berkata pihaknya berasa sedih dan kesal dengan kematian pelajar Tingkatan Empat di RMC Sungai Besi Muhamad Naim Mustaqim Muhd Sobri.

Muhamad Naim Mustaqim, 16, meninggal dunia selepas dikatakan dibuli dan didera oleh pelajar senior di institusi itu pada Khamis lalu.

NONE "Kami mengucapkan takziah kepada keluarga Mohamad Naim dan mendoakan semoga roh Allahyarham dirahmati Allah SWT," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata OPA juga bersedia membantu RMC dan pihak berkaitan dalam usaha memulihkan semula suasana di institusi tersebut.

Semalam, lima pelajar tingkatan lima RMC  dikenakan tahanan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes kematian Naim Mustaqim yang dipercayai akibat dibuli dan didera.

   

Malaysiakini
terkini untuk anda