Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kapal selam kedua negara, KD Tun Razak tiba di Lumut
Diterbitkan:  Jul 2, 2010 6:54 PM
Dikemaskini: 11:03 AM

Kapal selam kedua negara, KD Tun Razak, selamat tiba di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut pada jam 4.40 petang Jumaat.

Sambu NONE tan rasmi ketibaan KD Tun Razak itu diserikan dengan keberangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Raja Dihilir Perak Raja, Jaafar Raja Muda Musa.

Turut menyambut ketibaan kapal itu ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

KD Tun Razak akan meneruskan pelayaran ke Pangkalan Kapal Selam di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah selepas seminggu di Lumut.

Ia memulakan pelayaran pulang dari Toulon, Peranchis sejak 30 April lalu dan dikendalikan sepenuhnya oleh 32 pegawai dan anggota TLDM.

KD NONE Tun Razak dinamakan bersempena Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein, sebagai mengenang jasa negarawan ulung itu atas sumbangannya kepada kemerdekaan, permodenan, pentadbiran dan pembangunan negara.

Ia bergerak dengan tenaga diesel dan boleh beroperasi sehingga kedalaman lebih 300 meter.

Kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman tiba di Pelabuhan Klang pada 3 September, tahun lalu.

Pemilikan kapal selam itu adalah sejajar dengan keperluan serta tanggungjawab yang diamanah kepada TLDM bagi memastikan perairan negara termasuk Zon Ekonomi Eksklusif dikawal dan dipertahankan pada setiap masa.

- Bernama

ADS