Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Baru sehari beredar dalam pasaran, ketua pengarang akhbar rasmi Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Suara Perkasa dipanggil memberikan penjelasan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

azlan Ketua pengarangnya Daud Ibrahim berkata beliau dipanggil memberikan penjelasan kepada kementerian itu pada Isnin ini berhubung artikel muka depannya yang mendesak timbalan menteri pelajaran Datuk wee Ka Siong ditahan bawah ISA.

Dalam laporan muka depannya semalam, Suara Perkasa memetik Timbalan presiden PERKASA Datuk Abdul Rahman A Bakar sebagai mendesak Wee memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana didakwa mempertikaikan biasiswa Mara.

Dalam artikel berjudul "Tahan Ka Siong bawah ISA " beliau dilaporkan berkata, jika Wee enggan meminta maaf, PERKASA akan memastikan orang Melayu tidak mengundi Wee pada pilihan raya umum akan datang.

azlan Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Daud juga memberitahu, KDN juga mahukan penjelasan berhubung satu artikel pada mukasurat 19 tabloid dua kali sebulan itu yang bertajuk "Akhbar Cina... kenapa KDN takut bertindak?".

Artikel itu antaranya mengkritik orang-orang Cina yang 'di sebelah sana' yang sering menyerang PERKASA, yang kononnya menimbulkan rasa tidak puas hati kaum Cina.

Artikel itu juga antaranya mendakwa "serangan rasis" tersebut diteruskan saban hari dengan anggapan orang Melayu tidak membaca akhbar berbahasa Cina.

Daud juga memberitahu, pengarang Suara Perkasa Amirudin Mohamad turut dipanggil dan telah memberikan penjelasan kepada beberapa pegawai kementerian itu di ibu pejabatnya di Putrajaya hari ini.

"Saya anggap ini sebagai satu cabaran kerana belum ada akhbar yang mengetengahkan isu-isu orang Melayu. Saya akan berikan kerjasama penuh," katanya.

Dau perkasa newspaper d berkata, beliau juga tidak takut terhadap tindakan KDN itu kerana "ia merupakan proses biasa."

"Setiap artikel yang dianggap panas dirujuk dahulu dengan penasihat undang-undang PERKASA," katanya.

Amirudin selesai memberikan keterangan kira-kira sejam bermula jam lima petang tadi manakala Daud pula akan hadir bagi sesi yang sama pada jam 12 tengah hari pada Isnin depan.

ADS