BERITA

Pakatan fail usul tergempar permit Suara Keadilan

Diterbitkan
Dikemaskini 5 Jul 2010, 12:06 tengahari

Pakatan Rakyat akan memfailkan usul tergempar di Parlimen hari ini untuk membahaskan tindakan kementerian dalam negeri tidak memperbaharui permit akhbar Suara Keadilan .

azlan Selain itu, PKR akan turut mempertahankan laporan akhbar itu yang mendedahkan kepincangan Felda di mahkamah dan tidak akan memohon maaf kepada Felda.

Menurut TV Selangor , ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata pihaknya mempunyai cukup bukti untuk mempertahankan laporan Suara Keadilan itu.

Justeru, beliau menggesa kerajaan menghentikan usaha untuk membisukan PKR serta akhbar miliknya itu.

NONE Sivarasa ( kanan, bertali leher merah ) berkata, tindakan KDN tidak memperbaharui permit Suara Keadilan dilakukan dengan niat untuk membisukan lidah PKR daripada terus mendedahkan isu-isu kepentingan umum.

Tindakan terbaru kementerian itu harus dibahas oleh parlimen kerana ia menyentuh isu-isu kebebasan hak bersuara dan media serta maklumat yang membabitkan kepentingan awam.

“Usul isu Suara Keadilan ini difailkan untuk dibantahkan kepada pergantungan ini dan untuk mendesak Menteri meluluskan serta merta penerbitan ini yang tidak cuba menggugat atau menghalang suara kita daripada PKR.

“Kita nampak pergantungan Suara Keadilan ini, khususnya Najib, Perdana Menteri sekarang khuatir tentang perkara itu berhubung isu Felda yang dibawa oleh Pakatan Rakyat dan mereka nampak Suara Keadilan telah membawa banyak isu dan fakta,” katanya.

suara keadilan report on felda bankrupt 220610 Beliau berkata usul yang akan difailkan oleh ahli parlimen Gombak, Azmin Ali.

Ditanya mengenai tindakan Felda menyaman Suara Keadilan bersabit laporan ini, Sivarasa berkata PKR akan mempertahankan segala laporan akhbar itu yang mendedahkan kepincangan dan salah urus wang Felda.

“Peguam Felda telah menghantar satu surat kepada Suara Keadilan dan PKR akan melantik peguam untuk menjawap dan kita sudah bagi jawapan iaitu kita sanggup mempertahankan apa jua yang diterbitkan oleh  Suara Keadilan dan sebagai pandangan yang munasabah apabila rizab Felda merosot dengan merisaukan,” katanya.

VIDEO | 9 min

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.