Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KDN tegur, ambil tindakan ke atas 10 akhbar
Diterbitkan:  Jul 10, 2010 8:15 AM
Dikemaskini: 10:27 AM

Sepuluh penerbitan telah diberi teguran dan diambil tindakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dari Januari hingga Jun tahun ini kerana melanggar syarat dan perutukan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Pener NONE bitan berkenaan ialah Harian Metro, Metro Ahad, Kosmo, Oriental Daily, China Press, Nanyang Siang Pau, Harian Tamil Uthaya Surian, Suara Keadilan, Suara Perkasa dan Harakah .

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Datuk Zaitun Ab Samad berkata KDN akan mengambil sikap tegas ke atas mana-mana pemilik permit penerbitan dan lesen mesin cetak yang didapati melakukan pelanggaran syarat dan tidak mematuhi peruntukan-peruntukan mengikut akta tersebut.

Beliau berkata KDN juga akan mengkaji dan meneliti prosedur dan garis panduan untuk memantapkan dan meningkatkan keberkesanan serta keseragaman pengurusan media melalui Jawatankuasa Pengukuhan Strategi Komunikasi Kerajaan yang ditubuhkan.

azlan Jawatankuasa itu dianggotai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

   

ADS