Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rogol Penan: Polis buka tiga kertas siasatan
Diterbitkan:  Jul 13, 2010 5:41 PM
Dikemaskini: 9:56 AM

Polis masih menunggu maklum balas daripada sekumpulan 36 badan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa tujuh lagi wanita suku kaum Penan di Baram di sini telah dirogol oleh pekerja balak.

Timbala NONE n Pengarah Siasatan Jenayah (Risikan dan Operasi) Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani hari ini berkata NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai Penan Support Group itu sudah diminta untuk memberi maklumat lanjut berhubung dakwaan itu.

"Setakat ini kita masih menunggu mereka mengemukakan maklumat terperinci tentang mangsa-mangsa yang dikatakan terlibat dalam gangguan seksual oleh pihak NGO tersebut," katanya kepada pemberita di Miri.

Sebelum itu, Acyrl Sani bersama-sama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC II Huzir Mohamed mengiringi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk membuat lawatan ke kawasan penempatan suku kaum Penan di Batu Bungan, Baram dekat Miri.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Anggota Parlimen Baram Datuk Jacob Dungau Sagan dan Anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak kawasan Telang Usan, Lihan Jok turut serta dalam lawatan itu.

NONE Acryl Sani berkata polis telah membuka tiga kertas siasatan berkenaan dakwaan terbaru itu namun masih memerlukan maklumat lebih terperinci memandangkan apa yang mereka ada hanyalah nama-nama samaran wanita yang didakwa telah dirogol itu.

Katanya polis sentiasa bersedia untuk membanteras mereka yang terlibat jika terdapat bukti kukuh untuk menyokong dakwaan itu.

"Tidak timbul tentang pihak polis mengambil mudah, bersekongkol dengan mana-mana pihak untuk menutup apa apa juga kejadian yang tidak diingini dan menyalahi undang-undang," katanya.

Kumpulan Penan Support Group dalam laporan bertajuk "A Wider Context of Sexual Exploitation of Penan Women and Girls in Middle and Ulu Baram" baru-baru ini mendakwa maklumat tentang penderaan seksual itu diperoleh berikutan hasil misi mereka November tahun lepas.

--Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS