BERITA

Satim Diman nafi kosongkan kerusi Seri Serdang

Salhan K Ahmad

Diterbitkan
Dikemaskini 14 Jul 2010, 10:15 pagi

ADUN Seri Serdang Datuk Satim Diman menolak spekulasi bahawa beliau akan melepaskan semua jawatan politiknya termasuk kerusi dewan undangan negeri Seri Serdang yang disandangnya.

NONE Katanya, isu itu hanya ditimbulkan oleh penulis blog dan golongan yang tidak berpuas hati apabila permintaan mereka tidak dipenuhi.

"(Saya tak ada langsung niat untuk letak jawatan... Tak payahlah diperbesar-besarkan (isu ini).

"Yang mainkan isu ini ialah penulis blog, bukan saya. Malah saya lebih berusaha untuk kukuhkan Umno dan BN," katanya ketika ditemui di bangunan DUN Selangor hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media berhubung spekulasi bahawa beliau akan melepaskan jawatan-jawatan berkenaan.

Satim juga mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab memutarbelitkan kenyataannya.

Spekulasi tersebut timbul berikutan ketidakhadiran Satim di  mesyuarat perhubungan Umno Selangor pada 21 Jun lalu.

"Sebab isu hari itu, blogger mainkan seolah-olah kehadiran saya jadi susah (masalah). Mungkin atas kecemburuan, mana kita tahu. Manalah tahu, mungkin marah dengan saya, apa-apa dia minta tak dapat," katanya.

Mengulas perkara tersebut, Satim berkata beliau telah memaklumkan sebab ketidakhadirannya ke mesyuarat itu kepada pengerusi Umno negeri Datuk Seri Noh Omar.

"Mesyuarat yang saya tidak hadir itu mesyuarat pengurusan Umno Selangor kerana saya jadi setiausaha perhubungan.

"Saya dah beritahu kepada pengerusi perhubungan da,' tambahnya.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.