Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Cerpen 'YB J': KDN tegur Mingguan Malaysia

Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan surat teguran kepada Mingguan Malaysia berhubung cerpen berjudul 'Politik Baru YB J' yang diterbitkannya itu pada 12 Oktober 2008.

facebook allah group imposter case 260110 teresa kok Teresa Kok (DAP-Seputeh) mendakwa cerpen satira politik itu seolah-olah cuba mengambarkan dirinya sebagai YB Josephine, seorang ahli parlimen wanita yang dikatakan sebagai anti-Melayu dan anti-Islam yang berakhir dengan pembunuhan watak itu.

Pada 12 Disember 2008, beliau memfailkan saman ke atas akhbar itu dan juga pengarang cerpen berkenaan, Datuk Chamil Wariya, yang juga adalah ketua pegawai eksekutif Malaysian Press Institute (MPI) berhubung penerbitan cerita berkenaan.

Dalam jawapan bertulisnya kepada P Ramasamy (DAP-Batu Kawan) di Parliamen hari ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata cerpen itu menyalahi garis panduan penerbitan kementerian dan dikhuatiri boleh memudaratkan ketenteraman awam dan keharmonian kaum.

Surat teguran

Sehubungan itu, katanya, KDN mengeluarkan surat teguran kepada Mingguan Malaysia pada 21Oktober 2008.

joint action group utusan malaysia memo politik baru ybJ 241008 03 Dalam jawapannya kepada Ramasamy, Hishamuddin berkata polis telah membuka tiga kertas dan membuat siasatan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan berhubung empat laporan polis yang dibuat terhadap Utusan Malaysia kerana didakwa menyiarkan artikel berbaur hasutan dan perkauman.

Tiada maklumat lanjut diberikan berhubung laporan berkenaan.

Satu lagi laporan polis yang dilakukan diklasifikasikan sebagai ‘rujuk kepada majistret’ tanpa diberikan butiran lanjut.

Katanya, polis akan meneruskan pemantauan ke atas elemen-elemen berunsur hasutan dari semasa ke semasa.

Ramasamy dalam soalannya meminta menteri dalam negeri menyatakan berapa jumlah laporan polis yang telah dibuat terhadap akhbar Utusan Malaysia yang didakwa menyiarkan artikel-artikel berbaur hasutan dan perkauman.

Beliau juga menuntut untuk mengetahui tindakan yang telah dan akan diambil oleh kementerian dan polis terhadap akhbar berkenaan.

ADS