BERITA

Tolak Harussani, ahli Umno diseru sertai PAS

Diterbitkan
Dikemaskini 21 Jul 2010, 7:56 pagi

PAS menolak cadangan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria untuk menjadi perantaraan antara PAS dan Umno, kata ketua penerangannya, Idris Ahmad.

azlan Sebaliknya, beliau menyeru ahli Umno "yang ikhlas dan sayangkan agama, bangsa dan negara" supaya keluar Umno dan menyertai PAS yang sedang membentuk pemetaan politik baru bersama-sama Pakatan Rakyat.

"Ingatlah Islam selamat, Melayu selamat, bangsa lain selamat, negara pun selamat. Kalau Melayu selamat belum tentu Islam dan negara akan selamat," tegasnya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Idris menegaskan bahawa PAS bukan angkuh tetapi "itulah hakikat yang berlaku pada hari ini (ialah) Umno sudah tidak relevan untuk orang Melayu menjadi tempat berteduh".

damansara memo to kpm 210206 idris ahmad "Parti yang pernah disebut oleh (mantan perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) sebagai  parti yang busuk sampai usus. Sepatutya Tun kena nasihat supaya ahli Umno keluar beramai-ramai masuk PAS. Apakah logik PAS  diseru untuk bersatu dengan Umno.

Penyakit berjangkit

"Sedangkan mereka mengalami penyakit yang berjangkit iaitu penyakit barah rasuah dalaman parti, penyakit khianat kepada amanah rakyat, tidak bertanggungjawab kepada hasil mahsul negara, penyakit hanya memikirkan kepentingan perut semata-mata, penyakit tidak peduli kepada rakyat dengan menaikkan harga barang.

"Apa perlu PAS diajak bersama dengan Umno semata-mata kerana hendak menghulurkan balang oksigen kepada Umno yang semakin kehilangan sokongan terutama Melayu terpelajar dan Melayu yang celik maklumat," tegas Idris ( atas, kanan ).

PAS, tegasnya, memahami tahap sokongan orang Melayu sudah berubah, maka Umno berdendang dengan irama lama, iaitu kuasa Melayu terancam.

"Apabila sudah nyawa di hujung halqum, baru Umno sedar PAS parti Melayu. Sebelumnya Umno tidak pernah memandang PAS, malah angkuh dengan kuasa untuk menindas sesama bangsa.

'Kuda tunggangan'

"PAS suka mengingatkan kepada Tan Sri Harussani sebagai seorang mufti, antara disiplin mufti kena  rujuk al-Quran, hadis, ijmak dan qias dan mengetahui gambaran masalah yang berbangkit, barulah boleh keluarkan fatwa. Barulah fatwa yang dikeluarkan itu dihormati oleh orang ramai.  

"Beg umno pas 180708 itu juga dalam hal politik, sebelum beliau hendak mengeluarkan pandangan, biarlah buat kajian dahulu, apakah benar kalau PAS dan Umno tidak bersatu kuasa politik melayu terancam," tegas Idris lagi.

Sehubungan itu, katanya, PAS suka mengingatkan Harussani supaya melihat dahulu keputusan pilihanraya 2008 dan siapakah yang mengkhianat kuasa politik Melayu.

"PAS atau Umno. Macam mana kuasa Melayu boleh hilang kuasa sebab semua kerusi Melayu, PAS akan lawan Umno, kalau Umno kalah, PAS menang, PAS Melayu juga. Mana sifir kuasa Melayu terancam.

"Apakah Tan Sri hanya anggap PAS kuda tungangan DAP dan PKR ketika berkongsi kuasa dalam Pakatan Rakyat. Manakah bukti PAS rugi kepada Melayu dan Islam ketika bersama PR," soalnya.

'Tutup surau'

Sebaliknya, kata Idris, PAS boleh membuktikan banyak tindakan Umno bersama rakan-rakan BNnya, yang  merugikan agama dan bangsa.

azlan "Tan Sri lupakah yang menutup surau di Seksyen 8 Shah Alam itu dibuat oleh Umno pimpinan (Datuk Seri Dr Mohd) Khir Toyo. Lupakah Tan Sri, yang halau orang Melayu di Kg Berembang dan Kg Plentong Pasir Gudang Johor adalah di bawah Umno.

"Datuk Dr Harun Din, Datuk Ismail Kamus, al-Marhum Datuk Ishak Baharom diburu macam penjenayah kerana hendak menyampaikan ceramah agama ketika Selangor di bawah Umno. Adakah laporan Lim Guan Eng di Pulau Pinang tutup surau sejak memerintah Pulau Pinang," soalnya lagi.

Hakikat yang berlaku, tegasnya ialah, Umno yang menyerahkan kerusi majoriti Melayu kepada bukan Melayu.

"Contohnya, Parlimen Bukit Gantang, pada 2004, Dr Lo lo' PAS lawan Tan Lian Hoe (BN). Kemudian (pada) tahun 2008 Tan Lian Hoe bertanding di Grik melawan Mohd Noor Abd Rahman (PAS). Parlimen Tanjung Malim - Mohd Azman Marjohan PKR lawan Ong Ka Chuan (MCA). DUN Pasir Panjang - Datuk Seri Haji Nizar (PAS) lawan Dr S Vasan (MIC).

"Malah dalam usaha hendak menambah kerusi Melayu, maka PAS bertanding di kerusi (di mana) pengundi Melayu kurang daripada 50 peratus di Parlimen Kota Raja yang ditandingi oleh Dr Mariah (Mahmud). Ini adalah sebahagian contoh yang dikhianati  oleh parti Umno yang menjadi kekasih Tan Sri Harussani," katanya.

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.