BERITA

Umno P Pinang gagal lihat 'gajah' depan mata

Susan Loone

Diterbitkan
Dikemaskini 24 Jul 2010, 12:53 pagi

Apabila ketua pembangkang negeri Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim mendedahkan penduduk Melayu di Kg Jalan Pokok Asam dianiaya kerana rumah mereka akan dirobohkan, beliau sebenarnya tidak menyedari yang beliau telah membuka pekung di dada.

NONE Ini kerana pada masa yang sama, pihak berkuasa persekutuan juga melakukan perkara yang sama di kawasan dewan undangan negeri yang diwakilinya iatu di Penaga.

Ahli parlimen Parit Buntar Mujahid Yusuf Rawa sehubungan itu, menemplak Azhar ( kiri ) yang juga setiausaha Umno supaya tidak campur tangan hal di Jelutong “sedangkan urusan rumahnya sendiri terabai”.

Katanya, beberapa perkampungan Melayu di kawasan yang dipegang oleh ADUN Umno seperti di Bayan Lepas dan Tasek Gelugor juga menghadapi nasib yang sama tetapi tidak mendapat liputan media.

Mujahid, yang juga timbalan ketua PAS negeri berkata beberapa kampung di kawasan Azhar diberikan surat mengosongkan kediaman mereka daripada pihak berkuasa persekutuan dan beliau gagal membantu penduduk kampung berkenaan.

NONE Beliau merujuk kepada keluarga di empat perkampungan di sepanjang Sungai Muda di Penaga yang mengadu bahawa Jabatan Tanah dan Galian mendesak mereka supaya berpindah, meskipun mereka belum dapat tempat berteduh yang baru.

Tanah di mana penduduk berkenaan menetap diperlukan bagi projek tebatan banjir kerajaan persekutuan dan wakil-wakil keluarga yang terbabit telah membawa rintihan mereka ke Parlimen.

Pada 8 Julai lalu, penduduk berkenaan berkunjung ke Dewan Rakyat untuk berjumpa dengan ahli parlimen mereka yang juga adalah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi (BN-Kepala Batas) bagi mengadu masalah mereka yang diarah untuk berpindah  itu.

NONE Bagaimanapun Abdullah tidak hadir pada hari berkenaan dan penduduk tersebut, sebaliknya  berjumpa dengan Mujahid dan ahli parlimen PAS yang lain untuk mendapatkan bantuan.

“Tolong jaga rumah tangga sendiri. Selesaikan masalah sendiri sebelum berjuang (bagi penduduk Kg Jalan Pokok Asam),” kata Mujahid ( atas, berbaju merah ) pada sidang akhbar di Pulau Pinang.

“Jangan pandang rendah pada keupayaan kami membantu penduduk kampung yang terjejas dan jangan jadikan mereka mangsa.

“Kita (Pakatan Rakyat) mampu membantu mereka,” katanya lagi.

[Baca berita penuh]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.