Seorang lagi pesara Tentera Diraja Udara Malaysia (TUDM) tampil mendakwa beliau ditindas dan diberi layanan buruk ketika bersama pasukan itu kerana cuba mendedahkan penipuan di kalangan pegawai atasannya.

NONE Bekas sarjan, Faizzal Jinong Abdullah, 45, yang bersara dua tahun lalu mendakwa ketika berkhidmat beberapa pegawai kanan menyeksanya selepas beliau mengetahui penipuan yang berlaku di kuarters TUDM di Kuching, di mana dia ditempatkan.

Dakwanya, apabila menyedari berlaku kecurian elektrik di unit kediamannya dan sebuah lagi unit, dia dihumban ke penjara apabila cuba mengadu kepada pihak berkuasa pada tahun 2008.

“Apa yang telah berlaku kepada semua laporan yang saya buat. Saya tidak mendapat apa-apa maklumat daripada polis...adakah masalah saya akan diselesaikan?” soal Faizzal.

“2009 telah berlalu dan kini tahun 2010. Masalah kami belum selesai...TUDM terus membuat spekulasi tentang aduan saya dan menuduh saya tidak bekerjasama dengan tidak mengisi dokumen program penamatan perkhidmatan,” katanya kepada Malaysiakini .

Me NONE nurut Faizzal mimpin ngerinya bermula pada Jun 2008 apabila bekalan elektriknya diputuskan dan keluarganya terpaksa tinggal dalam keadaan gelap selama tiga bulan.

“Saya telah mengadu kepada komander di Pangkalan Tentera Udara di Kuching dan juga kepada ibu pejabat TUDM di Kuala Lumpur dan membawa perkara itu kepada kementerian pertahanan dan Sesco, tetapi masalah kami tidak selesai,” kata isterinya Che Murni Dara Mat Zain.

“Menurut penjelasan yang diberikan oleh Sesco ( Sarawak Electricity Supply Corporation ), kesulitan bekalan elektrik kami timbul akibat masalah antara TUDM dan kontraktor bangunan,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS