Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengakui bahawa kerajaan negeri itu sedang menyiasat kes melibatkan seorang ahli majlis yang menyalah-gunakan surat rasmi exco kerajaan untuk mendapatkan kontrak bagi kroninya.

Khalid berkata siasatan dalaman telahpun dijalankan sejak "dua atau tiga minggu lalu."

NONE Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Khalid ( kiri, tengah ) juga berkata beliau berasa malu kerana hasil siasatan itu telah dibocorkan.

Beliau mengulas laporan akhbar The Star hari ini yang menyebut, ahli majlis daripada parti DAP itu juga merupakan seorang pemimpin veteran dan mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan parti negeri.

Ahli majlis berkenaan didakwa telah mendapatkan kontrak untuk kroni dan anggota keluarganya dengan menulis surat sokongan menggunakan surat rasmi seorang anggota exco.

Dilaporkan, ahli majlis berkenaan yang telah dilantik selama tiga penggal itu berjaya mendapatkan beberapa projek melalui kegiatan itu.

Bercakap selepas satu sesi dialog di Shah Alam Convention Centre , Shah Alam hari ini, Khalid berkata, beliau berasa malu kerana hasil siasatan itu dibocorkan -- sehingga mendapat liputan akhbar.

K NONE atanya lagi, kerajaan negeri akan menjalankan satu audit berhubung kejadian tersebut dan siasatan lanjut perlu dijalankan sebelum mengambil apa-apa tindakan ke atas individu terlibat.

Laporan berita hari ini menyebut ahli majlis DAP itu telah memperoleh kontrak bernilai lebih RM1 juta untuk 20 syarikat daripada Majlis itu sejak berkhidmat pada Julai 2008. 

Khalid berkata beliau telah mendengar penjelasan daripada exco kerajaan negeri Ronnie Liu yang surat rasmi beliau telah disalahgunakan.

Liu ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Jawatankuasa Kajian dan Penyelidikan dan anggota Jawatankuasa DAP Selangor.

Menteri Besar berkata Liu baru sahaja tahu mengenai perkara itu dan beliau mendakwa tidak terlibat dalam pengeluaran surat-surat sokongan berkenaan.

       

Liu, sementara itu, memberitahu pemberita yang beliau hanya mendapat tahu mengenai dakwaan itu tahun ini sebelum pelantikan ahli majlis kerajaan tempatan bulan ini tetapi beliau tidak mempunyai dokumen untuk mengesahkannya atau membuat laporan kepada polis atau SPRM.

Semasa ditanya sama ada ahli majlis berkenaan akan digantung, katanya: "Saya tidak tahu. Saya serahkan kepada parti." 

Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah memberitahu pemberita bahawa sesiapa yang mempunyai bukti boleh menghantarnya kepada parti itu dan jika aduan itu berasas, tindakan perlu akan diambil.

Ditanya sama ada DAP akan berbincang dengan ahli majlis itu, katanya pengerusi jawatankuasa disiplin parti Tan Kok Wai telah memaklumkan kepadanya bahawa tiada aduan rasmi dibuat terhadap ahli majlis itu.

Bagimanapun, katanya parti akan mengadakan mesyuarat dalam waktu terdekat berhubung isu itu.

.

ADS