Keluhan PM bom untuk Kementerian Pendidikan: Hassan Ali
Keluhan Perdana Menteri bahawa sekolah kebangsaan tidak lagi menjadi pilihan utama ibu bapa Melayu tetapi sebalik menghantar anak mereka ke sekolah agama, secara tidak lansung "mengesahkan" kegagalan sistem pendidikan di Malaysia, kata naib presiden PAS, Datuk Dr Hassan Ali.
"Sebelum ini, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad memperlekehkan sekolah jenis kebangsaan dan Sekolah Agama Rakyat. Maknanya semua sekolah yang ada di negara ini adalah gagal," kata Dr Hassan yang juga ketua biro pendidikan PAS.
Jumaat lalu, Dr Mahathir dilaporkan berkata, beliau sedih melihat fungsi sekolah kebangsaan sudah jauh menyimpang dari tujuan dan matlamat asal kewujudannya.
Sambil mencadangkan supaya satu kajian menyeluruh terhadap sistem sekolah kebangsaan dibuat, Perdana Menteri menegaskan kepada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno bahwa beliau hanya mahukan sekolah kebangsaan menjadi pilihan utama semua ibu bapa di negara ini.
Mengulas lanjut, Hassan berkata, kenyataan presiden Umno itu sebenarnya merupa satu 'bom' yang digugurkan kepada Kementerian Pendidikan kerana kegagalannya menerajui sistem pendidikan di Malaysia.
Bagaimanapun, katanya, sistem pendidikan di Malaysia menjadi pincang kerana terlalu banyak campur tangan parti-parti politik dalam menentukan dasar dan halatujunya.

Bahasa ibunda
"Sebagai contoh, dasar penggunaan bahasa Inggeris bagi matapelajaran Sains dan Matematik diputuskan oleh Dewan Tertinggi Barisan Nasional dan bukannya ahli-ahli pendidikan sendiri," katanya.
Dalam isu bahasa tersebut, kebanyakan ahli pendidikan dan pakar bahasa tidak bersetuju dengan cadangan menggunakan bahasa Inggeris kerana berpendapat pelajar lebih mudah memahaminya jika diajar dalam bahasa ibunda masing-masing.
Sementara itu, presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Suhaimi Ibrahim berkata, ibu bapa lebih cenderung menghantar anak mereka belajar di sekolah aliran agama berikutan prestasi cemerlang sekolah berkenaan sejak kebelakangan ini.
Mengulas keluhan perdana menteri bahawa sekolah kebangsaan yang tidak lagi menjadi pilihan utama, beliau berkata, kebanyakan ibu bapa yang beragama Islam mahu mengimbangi pelajaran akademik dengan agama, yang menjadi teras kehidupan setiap individu Islam.
"Oleh itu, GPMS berpendapat sudah sampai masanya kerajaan mengkaji semula pendekatannya agar sekolah kebangsaan menjadi pilihan utama rakyat berbilang kaum di negara ini," katanya kepada malaysiakini .
"Pendekatan bersepadu amat perlu untuk membolehkan semua kaum memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan," katanya lagi.
Pendidikan swasta
Bagaimanapun, Suhaimi mendakwa kemurnian sekolah agama telah dicemarkan oleh pihak pembangkang yang tidak henti-henti cuba menanamkan di jiwa pelajar perasaan bencikan pemerintah.
Mengenai sekolah aliran Cina dan Tamil pula, Suhaimi mengulangi bahawa kewujudan mereka adalah untuk memenuhi kehendak 'ekstremis' kaum walaupun ianya tidak membawa kebaikan menyeluruh kepada negara.
"Malangnya, sekolah jenis kebangsaan ini tidak dapat dihapuskan semata-mata kerana kerana tekanan politik dari pelampau kaum tersebut," katanya.
Sementara itu, ketua penerangan Umno, Tan Sri Megat Junid, pula dilaporkan sebagai berkata, perdana menteri kecewa sekolah kebangsaan kini menjadi pilihan sebahagian sahaja ibu bapa Melayu manakala sebahagian lagi memilih menghantar anak mereka ke sekolah agama atau sekolah swasta.
Manakala ibubapa bukan Melayu pula, katanya, masing memilih sekolah aliran bahasa ibunda masing-masing.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.