Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno ingatkan Tony Pua jangan "main api"
Diterbitkan:  Aug 1, 2010 3:22 PM
Dikemaskini: Aug 2, 2010 2:04 AM

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan meminta anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua supaya jangan "bermain api" dengan cadangan memansuhkan pemberian diskaun kepada bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan mewah di Selangor.

    

Beliau berkata peratusan rumah kedai dan premis perniagaan yang dimiliki orang Melayu di kawasan bandar ketika ini amat rendah, iaitu hanya 14 peratus dan pemansuhan diskaun hanya akan memburukkan lagi keadaan.

    

dap 2010 budget rocket cafe 071009 tony pua 01 "Saya minta Yang Berhormat Tony Pua supaya jangan bermain dengan api. Jangan cuba menyalakan sebatang mancis dengan memberikan cadangan itu. Tony Pua kena berfikir terlebih dahulu sebelum bercakap," katanya kepada pemberita di Johor Bahru hari ini.

Sebelum itu, Ahmad yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri menghadiri majlis konvokesyen Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim di Pusat Konvensyen Persada Johor.

    

Katanya,  cadangan pemimpin DAP itu dibuat tanpa mengambil kira sensitiviti orang Melayu dan kaum Bumiputera yang bilangannya adalah dua pertiga daripada keseluruhan penduduk negara ini.

    

Ahmad berkata ketidak seimbangan turut berlaku di kawasan perumahan kerana hanya 30 peratus kuota pemilikan rumah dikhaskan kepada orang Melayu dan bumiputera, walaupun mereka merupakan 67 peratus daripada penduduk negara ini.

    

"(Ketidakseimbangan) itu adalah amat tidak sihat untuk masa depan negara, jikalau taman-taman perumahan di negara ini dipenuhi oleh 70 peratus bukan Bumiputera, manakala Bumiputera dan orang Melayu terpinggir di rumah-rumah kecil di pinggir bandar," katanya.

    

Beliau berkata dasar pemberian diskaun kepada orang Melayu dan bumiputera itu memberikan sedikit kelebihan kepada mereka untuk memiliki kediaman dan premis perniagaan.

    

Sehubungan itu, DAP dan Tony Pua diminta memahami Perlembagaan negara terutama yang menyentuh hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera, kontrak sosial serta sejarah negara.

    

NONE Ahmad berkata,  beliau percaya kenyataan pemimpin DAP itu merupakan sebahagian daripada senarai panjang usaha parti berkenaan untuk mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera di negara ini.

"Kenyataan Tony Pua yang hanya berdasarkan kepada sentimen keuntungan perniagaan dan dasar rasis DAP itu telah menyebabkan kemarahan orang-orang Melayu.

    

"Kita mahu penduduk Malaysia terus hidup di dalam kedamaian," katanya.

    

- Bernama

ADS