Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bahasa sukuan di Sabah hadapi kepupusan?
Diterbitkan:  Aug 3, 2010 11:25 AM
Dikemaskini: 4:02 AM

Edi Tutun kelihatan sedikit resah bila dikunjungi dua orang yang tidak dikenali di rumahnya di sebuah kampung terpencil di Kota Marudu, sebuah daerah di utara Sabah.

the antidote article sarawak native people 270509 01 Tetapi bila tetamu yang tidak diundang ini memperkenalkan diri mereka, dengan bantuan seorang tempatan yang bertutur dalam bahasa ibunda Edi, bahasa Dusun Kimaragang, wajah Edi kembali ceria.

Tetamu berdua itu rupanya ‘orang kerajaan' tetapi kedatangan mereka bukan kerana urusan rasmi sebaliknya untuk melakukan kajian tentang 'bahasa sukuan' yang digunakan Edi dan kumpulan etniknya.

Mereka berdua - Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah  Zubaidi Abbas serta pengkaji linguistik Abd Nassir Said sebenarnya mengembara sejauh 200 km dari Kota Kinabalu bagi menjalankan kajian 'Jejak Etnik'.

sabah native wedding marriage ethnic groups 250509 04 Pegawai DBP itu kemudian menemubual Edi, menanyakan penguasaan serta kefahaman beliau dalam bahasa ibundanya.

Program Jejak Etnik ialah projek pertama DBP Sabah yang seumpama ini dan program khas ini membawa Zubaidi dan pasukan pengkajinya hampir ke seluruh pelusuk negeri Sabah tetapi sebahagian besar daripada kajian itu dijalankan di Kampung Landung Ayang Laut, Kudat, di pantai timur Sabah.

Dialek tempatan

Kampung Landung Ayang dipilih kerana desa itu mempunyai pelbagai keturunan etnik di mana terdapat sekurang-kurangnya 35 dialek tempatan dituturkan sebagai bahasa komunikasi antara penduduknya.

Kumpulan etnik yang tinggal di kampung ini ialah Dusun, Bajau, Sungai, Bonggi, Brunei, Murut, Melayu Suluk dan Kadayan.

NONE Menurut Zubaidi, 3,978 responden di Kampung Landung Ayang Laut telah ditemubual atau menjawab borang kaji selidik yang dihantar kepada mereka.

“Kami dapati penggunaan bahasa sukuan sebagai bahasa komunikasi mereka semakin menurun di mana hanya 2,007 atau 52.5 peratus daripada penduduk ini lebih menguasai Bahasa Melayu dibandingkan dengan bahasa sukuan mereka.

“Dari segi objektif kajian, ia boleh dikatakan bahawa bahasa ibunda mereka tidak digunakan secara meluas dalam komunikasi harian mereka berbanding  Bahasa Melayu,” kata Zubaidi.

Katanya daripada 1,308 responden dari etnik Rungus di Kampung Landung Ayang Laut, hanya 676 orang dalam lingkungan umur satu hingga 19 tahun masih fasih bahasa ibunda mereka manakala hanya 73 daripada 240 responden dari suku Ubian dalam lingkungan umur yang sama bertutur bahasa Bahasa Ubian.

NONE “Kami telah bertemu 5,779 responden termasuk 1,313 yang menjawab borang kaji selidik yang diedarkan kepada mereka.

“Di beberapa tempat, kami minta bantuan ketua kampung, pejabat daerah serta juga Mahkahmah Orang Asal Kudat bagi menghantar borang dan juga mengadakan temu bual," kata beliau.

“Kajian awal kami menunjukkan memang ada kemungkinan dialek etnik di Sabah menjadi pupus. Ini kerana generasi muda umur bawah 30 tahun lebih selesa bertutur Bahasa Melayu daripada bahasa sukuan masing-masing,” katanya.

Bahasa Ibunda

        

Menurut Zubaidi, untuk bahasa sukuan terus 'hidup' ia memerlukan sekurang-kurangnya 100,000 orang bertutur dalam bahasa itu dan jika jumlahnya kurang daripada angka ini, maka bahasa ibunda itu bolehlah dianggap sedang menghadapi bahaya kepupusan.

visitors shy away from ranau kundasang sabah 230609 05 Beliau menamakan kumpulan etnik Begahak di Mukim Tungku, Lahad Datu, sebagai satu contoh klasik ‘bahasa sukuan yang semakin pupus’ kerana hanya 2,000 orang dari kumpulan ini yang dapat bertutur lidah Begahak.

Masyarakat Tobilung di Kampung Mengaris, Kota Marudu juga sedang mengalami masalah yang sama, kata beliau.

Katanya antara faktor yang menyebabkan situasi ini berlaku ialah kahwin campur antara kumpulan etnik yang lain di negeri ini.

sabah native wedding marriage ethnic groups 250509 02 Contohnya seorang suami keturunan Dusun dan isterinya dari kaum Sungei.

Bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi yang lebih dipertutur di rumah dan secara langsung 'menafikan' peluang anak-anak mereka bertutur dalam bahasa ibunda masing-masing.

“Satu lagi faktor ialah penghijrahan. Bila sahaja satu kumpulan etnik berhijrah, bahasa komunikasi yang mereka gunakan akan dipengaruhi suasana sekitar dan juga masyarakat setempat,” kata beliau.

Jejak etnik

Pengarah Cawangan DBP Sabah itu memberitahu bahawa program “Jejak Etnik” dimulakan enam bulan lalu dan sepatutnya berjalan selama lima tahun tetapi terpaksa "ditangguh" buat sementara waktu kerana kekurangan pembiayaan.

Tujuan program ini ialah membuat pengesanan bahasa sukuan Sabah selain daripada mengetahui setakat mana bahasa ibunda digunakan sebagai alat komunikasi di rumah.

“Kami juga mahu mengetahui persepsi masyarakat tempatan tentang Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dibandingkan bahasa etnik lain," kata beliau.

sabah natives bajau community 180509 01 Menurut Zubaidi, kompilasi data DBP mengenai bahasa sukuan sehingga kini mengumpul 3,100 perkataan termasuk bahasa Bajau, Bisaya, KadazanDusun, Irranun dan Murut.

“Perkataan etnik ini dimasukkan ke dalam satu pangkalan data umum dan juga kamus, glosari serta daftar kata DBP".

Kata Zubaidi, menurut kajian terkini dijalankan Lembaga Kebudayaan Sabah, terdapat 35 kumpulan etnik dan 215 pecahan etnik di Sabah.

Zubaidi juga berkata kerajaan negeri perlu menubuhkan sebuah jawatankuasa khas di mana pegawainya ditugaskan melakukan kajian intensif selain mendokumentasikan pelbagai bahasa etnik di Sabah.

“Bagaimanapun survival beberapa bahasa sukuan ini kini diancam kepupusan. Jika ini berlaku adalah sukar bagi menjejaki bahasa ini," jelas beliau.

    

- Bernama

ADS