Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
Lagi berita dari pengarang

Seorang pengurus besar Sime Darby Holdings Berhad, Zamri Mohd Iderus pagi ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dua tuduhan rasuah berjumlah RM99,000.

NONE Zamri, 39, didakwa menerima dua keping cek bernilai RM50,000 dan RM49,000 sebagai dorongan untuk menyalurkan maklumat berkaitan satu tawaran kerja pembinaan yang di subkontrak bernilai RM14,430,000, dan juga untuk satu lagi kerja subkontrak kerja-kerja pempaipan untuk Sime Darby Engineering.

Ia adalah sebagai upah kerana membantu memberi maklumat mengenai harga bidaan untuk Syarikat Arrow Platform (M) Sdn Bhd memperoleh kerja subkontrak bagi kerja pembinaan bernilai RM14.4 juta dan kerja subkontrak bagi kerja sistem paip tembaga daripada Sime Darby Engineering.

Zamri, 39, yang bertugas sebagai Pengurus Besar Sime Darby Marine/Pembangunan Perniagaan & Pelaburan/Projek Antarabangsa didakwa menerima habuan itu pada November 2008 di Subang Jaya.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Zamri juga didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan keuntungan secara langsung iaitu menerima dua keping cek bernilai RM99,000 daripada Kamarudin kerana mendedahkan maklumat berhubung bidaan itu tanpa kebenaran pengurusan Sime Darby Engineering di Kompleks Sime Darby, Persiaran Kewajipan, USJ 7 Subang Jaya pada pertengahan November 2008.

Ikat jamin

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 132 (2)(b) Akta Syarikat 1965 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 132 (3) Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda RM30,000, jika sabit kesalahan.

Zamri tidak mengaku bersalah dan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membenarkan ikatjamin RM10,000. Beliau juga diarahkan menyerahkan pasportnya.

Jika didapati bersalah, Zamri menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga lima tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah menetapkan 28 September ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kevin Morais manakala tertuduh diwakili peguam Jason Tay.

Sime Darby mengalami kerugian keseluruhan sebanyak RM1.63 bilion daripada Bahagian Tenaga dan Utiliti akibat lebihan kos daripada projek Qatar dan Empangan Bakun.

azlan Semasa mengumumkan kerugian pada Mei lalu itu, Sime Darby turut mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulannya, Datuk Seri Zubir Murshid, supaya bercuti sebelum beliau kemudiannya digantikan.

Beliau kemudiannya digantikan oleh bekas pengarah Felda Holdings Datuk Mohd Bakke Salleh dalam usaha menstabilkan syarikat berkenaan.

Jun lalu, syarikat berkaitan kerajaan itu mengalami kerugian bagi  suku pertamanya sebanyak RM309 juta.