mk-logo
Berita
Kamera tersembunyi: Menjejaki siapa dalang?

Pejabat Menteri Besar Selangor yang baru-baru ini dikejutkan dengan penemuan sebuah kamera tersembuyi menghadapi laluan sukar mengenalpasti dalang di sebalik kejadian itu.

Ini kerana pejabat Tan Sri Khalid ibrahim tidak mempunyai sistem keselamatan kamera litar tertutup atau CCTV yang mempunyai keupayaan merakamkan apa yang berlaku.

NONE Menurut seorang pegawainya, Khalid mempunyai kamera CCTV di hadapan pejabatnya tetapi peralatan itu hanya menyiarkan gambar secara langsung untuk menunjukkan apa yang berlaku di luar pintu pejabat.

"Ini adalah sistem yang diwarisi daripada kerajaan negeri Barisan Nasional sebelum ini.

"Semasa (bekas MB Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo) itu, ini adalah sistem yang diguna-pakai. Kita tidak membuat sebarang perubahaan apabila mengambil-alih pada 2008,” kata pegawai itu yang mahu identitinya dirahsiakan.

Kunci lama

Malah, tidak ada banyak perubahaan atau pengubah-suaian yang dilakukan, katanya selepas kerajaan Pakatan Rakyat mengambil-alih. “Kita juga tidak menukar kunci-kunci yang digunakan,” katanya.

Namu NONE n, semua itu akan diubah apabila pentadbiran Khalid meninjau semula kawalan keselamatan di pejbat menteri besar tidak lama lagi.

"Sistem yang ada juga perlu diubah, bermula dengan mendaftarkan juruteknik yang memasuki biliknya untuk membaiki peralatan yang tidak berfungsi dan juga langkah-langkah ketat bmengenai siapa yang dibenarkan ke bilik itu,” katanya.

Ketika ini, hanya tiga orang yang mempunyai akses langsung ke pejabat berkenaan - pengawal keselamatan Khalid, setiausaha sulit menteri besar dan seorang pengawai penyelaras.

Pihak pentadbiran bangunan SUK itu juga dikatakan berkemungkinan mempunyai satu set kunci ke pejabat berkenaan.

Kame NONE ra itu dikesan oleh Khalid di pejabatnya di tingkat 21 pada jam 6 petang Selasa lalu dan beliau berkata adalah dipercayai peralatan itu digunakan untuk mengintip aktiviti hariannya.

"Saya sedang melakukan tugasan apabila terdengar bunyi dan sebaik mencari di seluruh bilik saya menemui alat perakam video itu yang disorok di belakang langsir bilik saya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco negeri pada Rabu lalu.

Ini bukan kali pertama pemimpin PKR menjumpai alat bagi merakam kegiatan di pejbat mereka.

Lebih kurang tahun lalu, exco kerajaan negeri, Rodziah Ismailyang juga ADUN Batu Tiga menjumpai mikofon di pejabat exconya.

[Baca berita penuh]

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS