Isu SAR: Sokongan untuk BN mungkin terjejas
Sokongan rakyat Kedah kepada Barisan Nasional (BN), khususnya Umno, akan terjejas jika rancangan untuk menutup Sekolah Agama Rakyat (SAR) diteruskan juga kerana ia tidak disenangi dan dipersetujui oleh banyak pihak.
Dua orang guru yang sudah lebih enam tahun mengajar di sekolah agama dan sekolah kebangsaan di Kedah, memberitahu
malaysiakini
, ramai orang Melayu di negeri itu melihat tindakan menyerapkan pelajar SAR ke sekolah kebangsaan sebagai satu tamparan hebat kepada agama Islam.
Mereka yang enggan namanya disebut, berkata mereka membuat kesimpulan itu berdasarkan kepada reaksi sebenarnya penduduk tempatan dan tidak berbau politik, kerana mereka sendiri tidak aktif dalam politik.
"Kalau diteruskan juga, kerajaan akan kehilangan sokongan di negeri ini. Inilah yang saya lihat. Penduduk tidak agresif dalam menyuarakan perasaan mereka, tetapi nampak gayanya, mereka menunggu pilihanraya umum untuk menyuarakan sentimen mereka," kata guru yang mengajar di sebuah sekolah agama.
Tambahan pula, katanya, sejarah panjang penubuhan SAR sejak 1940-an lagi, menjadikannya sebuah institusi yang sudah sebati dengan masyarakat Melayu-Islam, tanpa mengira perbezaan fahaman politik, dalam melahirkan ulama dan memelihara akhlak ummah.
"Keputusan kerajaan BN telah menyinggung perasaan umat Islam. Mereka nampak kerajaan memaksa mereka yang belajar ilmu agama untuk belajar ilmu sains, sedangkan orang belajar sains dan teknologi tidak pula ditekan untuk belajar ilmu agama.

Perasaan marah
"Ibu bapa yang saya temui juga telah menyuarakan perasaan marah terhadap tindakan itu dan hairan mengapa kerajaan mahu menghalang mereka daripada memberi pelajaran agama yang sempurna untuk anak-anak mereka," tegasnya.
Malah, tambahnya, penyokong dan ahli Umno juga tidak setuju jika SAR diserapkan ke sekolah kebangsaan kerana berpendapat kerajaan sepatutnya membantu SAR, dan bukan menutupnya.
"Bagaimanapun, mereka berat untuk membuat penjelasan kepada rakyat, sepertimana dalam isu Anwar Ibrahim dulu, kerana mereka tahu apa yang hendak dijelaskan tentang dasar kerajaan yang merugikan banyak pihak, terutama orang Islam," katanya.
Beliau juga menyangkal persepsi bahawa pelajar lepasan SAR hanya layak untuk menjadi ulama atau guru agama kerana menurutnya, mata pelajaran lain seperti matematik, sains dan ekonomi, juga ditekankan oleh SAR.
"Berdasarkan pengalaman saya, hanya 10 peratus pelajar SAR mendalami ilmu Islam hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi manakala selebihnya meneruskan pelajaran mereka dalam bidang perakaunan, perubatan dan sebagainya. Kalau SAR tiada, makin teruklah keadaan," katanya.
Mengenai langkah selanjutnya, beliau berkata, para guru di sekolahnya akan terus mengajar dan ibu bapa juga diminta menghantar anak mereka seperti biasa, kerana pihaknya belum mendapat "hitam putih" dari Kementerian Pelajaran berhubung perkara itu.
Perbezaan ketara
"Nampak gaya macam tiada apa-apa akan berlaku dalam masa yang terdekat. Semua SAR di sini telah mendapat buku-buku bantuan dari Kementerian Pendidikan. Jadi kami akan teruskan sehingga kerajaan memberi kata putus," katanya.
Manakala guru yang mengajar di sekolah kebangsaan pula mengakui tahap pengajaran agama di SAR lebih tinggi berbanding dengan sekolah kebangsaan.
"Malah, ibu bapa sendiri dapat melihat perbezaan dalam kualiti akhlak sekolah agama yang lebih sempurna daripada pelajar sekolah kebangsaan. Di sekolah kebangsaan agama pun, cuma 30 peratus sukatan pelajarannya khusus tentang agama, itupun ditekankan kepada aspek bahasa.
"Mata pelajaran di SAR memang khusus kepada ilmu agama dan gurunya pun mempunyai kelayakan untuk mengajarnya. Kerana itulah, rakyat masih mengharapkan kerajaan akan mengekalkan kewujudan SAR dan meneruskan bantuan kepada mereka.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Nasharuddin Mat Isa mengakui isu ini hangat dibincang oleh masyarakat Islam di Kedah kerana ramai yang marah dengan tindakan melulu BN itu, tanpa mengira implikasi buruk terhadap pendidikan Islam dan pelajar Melayu di negara ini.
"Kerajaan BN tidak mahu berbincang langsung tentang isu ini. PAS akan meneruskan kempen selamatkan SAR. Kami mahu SAR dibenarkan beroperasi seperti sekarang di bawah pentadbiran persendirian di mana kurikulumnya lebih mantap, di samping guru yang pakar dalam matapelajaran yang diajar," katanya.
Kempen selamatkan SAR
Menurutnya, kempen peringkat negeri Kedah dilancarkan hari ini dengan menyebarkan risalah tentang SAR, sumbanganya dan pencapaiannya.
Sementara itu, anggota Biro Agama Umno, Datuk Nakhaie Ahmad pula menegaskan bahawa tindakan kerajaan tidak boleh dilihat sebagai menekan agama Islam kerana ianya semata-mata untuk kebaikan pelajar itu berikutan SAR tidak mempunyai sistem yang mampu melahirkan pelajar berkualiti.
"Mereka boleh meneruskan pelajaran di sekolah menengah agama kebangsaan (SMAK) di mana 30 peratus sukatan pelajarannya adalah mengenai agama dan mencukupi untuk membentuk keperibadian pelajarnya. Guru SMAK juga semuanya terlatih," tegasnya.
Oleh itu, katanya, jika ada pihak yang melihatnya sebagai menekan agama Islam, ianya adalah kerana mereka salahfaham terhadap tujuan kerajaan berbuat demikian.
"Walaupun SAR ada kebaikannya, tetapi keburukannya juga banyak. Selain kejayaan pelajarnya amat minimum, pentadbirannya tidak telus. Misalnya, tidak diketahui jumlah derma orang ramai dan cara ianya dibelanjakan. Malah, tiada pun laporan mengenai perbelanjaan wang bantuan kerajaan," tegasnya.
Bermesyawarah
Ditanya sama ada tindakan menutup SAR itu akan menjejaskan sokongan kepada kerajaan, Nakhaie berkata rakyat perlu maklum bahawa "PAS lah yang menentang Islam dengan cara kolot mereka, bersifat ritual dan politik massa".
Ditanya sama ada sekolah kebangsaan mampu menyerap pelajar dan guru-guru dari SAR, beliau percaya kerajaan akan melakukan apa yang diperlukan untuk menjayakan rancangan itu. Sementara itu, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) pula berpendapat tindakan mendadak kerajaan memberhentikan bantuan per kapita dan penyerapan SAR, telah membangkitkan sentimen umat Islam kerana ia melibatkan soal agama dan menyentuh dayahidup pendidikan Islam yang diamalkan sekian lama.
Presidennya, Ahmad Azam Abdul Rahman berkata, tindakan kerajaan itu, walaupun bertujuan untuk memperkemaskan aliran pelajaran Islam, boleh mengundang pelbagai tafsiran buruk pelbagai pihak.
"Pemansuhan aliran pendidikan Islam sedia ada bukanlah jawapannya. Oleh itu, Abim menyeru supaya isu ini ditangani secara musyawarah dengan penyertaan semua pihak terbabit dan perlu juga ditangani menjangkaui batas politik," katanya.
Sehubungan, katanya, adalah wajar bagi kerajaan meneruskan saluran bantuan perkapita yang telahpun diluluskan berjumlah RM40 juga bagi menyelesaikan masalah pembayaran gaji dan kos prasarana SAR bagi meredakan ketegangan sekarang.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.