Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seorang penjaja yang menyaksikan protes anjuran gabungan pilihan raya bersih dan adil (BERSIH) 2007, hari ini mengemukakan saman RM2 juta ke atas polis dan kerajaan kerana kecederaan yang dialaminya ketika ditahan.

aleyasak suing 061207 asking Aleyasak Hamid @ Hassan, 34, mendakwa tempurung lututnya retak disebabkan tindakan membabi-buta polis cuba menyuraikan orang ramai yang berhimpun.

Bapa kepada dua orang anak itu mendakwa pada kejadian lebih tiga tahun lalu, dia yang langsung tidak mengambil bahagian tetapi cuma melihat perhimpunan itu turut ditangkap.

Perhimpunan itu disertai 67 NGO dan lima parti politik.

Pada perhimpunan besar-besaran di ibunegara itu, kira-kira 40,000 orang yang berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

aleyasak suing 061207 leg Memorandum tersebut mengandungi tuntutan, antaranya, mendesak kerajaan menggunakan dakwat kekal sewakstu pilihan raya dijalankan, menghapuskan undi pos dan menggunakan daftar pemilih yang bersih.

Peguamnya Fadiah N Fikri berkata, anak guamnya memutuskan memfailkan saman itu setelah berpendapat tiada sebarang tindakan diambil setelah membuat laporan polis pada hari kejadian itu berlaku.

Tak sempat lari

"Inilah sebabnya kami failkan saman sivil terhadap kerajaan Malaysia bagi menggesanya lebih bertanggungjawab terhadap tindakan polis yang secara ganas menendang dan menghentamnya tanpa alasan," katanya selepas memfailkan saman itu.

bersih rally 271207 01 Menceritakan semula kejadian itu, Aleyasak yang hadir ke mahkamah bersama isteri dan tiga anaknya berkata ketika orang ramai menyuruh peserta demonstrasi melarikan diri, beliau tidak sempat melakukannya.

"Saya minta tolong mereka, (saya) beritahu mereka lutut saya retak tetapi mereka berkasar. Mereka suruh saya masuk sendiri dalam trak walaupun saya beritahu saya tidak boleh bangun," dakwanya.

Katanya, beliau terpaksa berhenti bernaga ekoran kecederaan itu.

Aleyasak juga mendakwa, di dalam trak polis itu beliau terpaksa menunggu kira-kira setengah jam sebelum dibawa ke ibu pejabat polis di Bukit Aman.

azlan Beliau bagaimanapun mengakui dipindahkan serta-merta ke ambulans yang sedang menunggu semasa tiba ke destinasi.

Semasa rawatan, Alayesak mendakwa beliau terpaksa membelanjakan RM70 sekali rawatan, yang mana beliau tidak mampu melakukannya selalu.

Beliau sebelum itu mendakwa tidak mengambil bahagian dalam demonstrasi itu dan hadir hanya sebagai penonton apabila mendapati ia merupakan perhimpunan aman,

[Baca berita penuh]

 

ADS