BERITA Malaysiakini

Isu sensitif: DJ popular digantung tugas

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Seorang DJ popular di sebuah stesen radio berbahasa Cina digantung kerja atas alasan menimbulkan isu perkauman sensitif.

NONE Jamaluddin Ibrahim, DJ di stesen 988 memberitahu Malaysiakini bahawa pengurusan stesen itu memaklumkan kepadanya bahawa dia telah digantung daripada bersiaran untuk satu tempoh yang tidak dipastikan.

Katanya, tindakan itu ada kaitan dengan sepucuk surat yang diterima daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kepada syarikatnya semalam.

Surat tersebut yang menyebut nama Jamaluddin, menyatakan bahawa program tersebut disyaki "mengancam keselamatan negara" dan "menjejaskan hubungan kaum."

Ditanya siapakah yang mengarahkannya supaya bercuti, Jamaluddin yang bertugas untuk slot Hello Malaysia berkata beliau tidak mengetahui perkara itu kerana beliau sendiri tidak menatap surat berkenaan.

Hello Malaysia dikeudarakan setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 8.10 hingga 10 pagi. Selain Jamaluddin, rancangan itu juga dikendalikan seorang lagi DJ tetap, Qiu Yue termasuk seorang lagi DJ yang digilirkan untuk tugas berkenaan.

Program berkenaan menyediakan slot untuk pendengar memanggil dan menimbulkan pelbagai isu semasa dan ia mendapat sambutan hangat daripada masyarakat Cina.

NONE Dalam pada itu, Qiu Yue dan seorang lagi DJ giliran, Joe Liaw mengulas tindakan yang dikenakan terhadap Jamaluddin dalam siaran yang dikendalikan mereka hari ini.

Kedua-duanya mengesahkan tindakan yang dikenakan terhadap Jamaluddin, namun tidak dapat menjelaskan sumber arahan tersebut.

DJ berkenaan kemudiannya mengemukakan soalan kepada pendengar sama ada program berkenaan "menimbulkan ketegangan kaum," kerana ia didakwa sedemikian.

[Baca berita penuh]